PETALING JAYA – Orang ramai mula mempertikaikan keadaan laluan pejalan kaki di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah, yang dijadikan kawasan parkir motosikal.
Keadaan tersebut turut menyusahkan pengguna mahupun pesakit terutamanya yang menggunakan kerusi roda kerana tidak dapat melalui laluan berkenaan.
Menerusi ciapan @abd_jabbar di Twitter semalam, dia memuat naik sekeping gambar memaparkan seorang warga emas lelaki yang menggunakan kerusi roda tidak dapat melalui laluan pejalan kaki tersebut disebabkan ruang sempit kerana dipenuhi motosikal.
Difahamkan, laluan tersebut terletak di kawasan rehab dan fisioterapi hospital berkenaan.
Lalu kat grup wasap, katanya d hosp sultanah bahiyah dkat laluan ke rehab & physiotherapy.
Kesiannyer la pakcik ni nk lalu xdpt disebabkan motor2 parking sesuka hati pic.twitter.com/NnWJtf6OnI
— JB (@abd_jabbar) January 18, 2023
“Kesiannya la pak cik ini nak lalu tak dapat disebabkan motosikal parking sesuka hati” ciapnya.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, Shaff Abdullah, memaklumkan situasi tersebut merupakan masalah lama dan masih belum ada sebarang tindakan penyelesaian.
“Masalah ini memang dah lama. Untuk motor pula, tak ada disediakan parking khas sebab itu mereka parking macam ini.
“Tambahan jumlah motor kat HSB ini agak banyak dan dekat mana boleh parking, dekat situ motor akan parking. Harap pihak HSB boleh ambil inisiatif selesaikan kedua-dua masalah ini,” jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Aida Aziz mencadangkan agar tindakan lebih tegas dikenakan kepada pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka pada ruang awam seperti laluan pejalan kaki kerana mengganggu kemudahan tersebut.
“Pihak hospital boleh letak notis larangan parkir atau ‘clamp’ kenderaan yang diletakkan sesuka hati sehingga menyusahkan orang lain, kalau semua tempat jadi ruang parkir, macam mana orang nak lalu dengan selamat,” ujarnya.
Walau bagaimanpun, selepas beberapa complaint diberikan kepada pihak hospital, tindakan telah dilakukan melalui ciapan baru yang ditulis oleh @abdulazimazhar.
Untuk makluman yang buat aduan tersebut ialah sahabat saya, masa bawa ayah beliau ke HSB semalam. Alhamdulillah selepas viral ja terus ada tindakan pantas dari HSB dan laluan penjalan kaki ni dah clear hari ni pic.twitter.com/b5TKj8G2vU
— AzimAzhar (@abdulazimazhar) January 19, 2023
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Pejalan Kaki Maut Dilanggar Kereta Terbabas
Seorang pejalan kaki maut dilanggar sebuah kereta Perodua Bezza dalam kejadian di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), berhampiran susur keluar Wisma Tani, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku sekitar pukul 7.55 pagi ketika kereta tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun.
“Kenderaan jenis Perodua Bezza yang dipandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh seorang lelaki yang sedang berjalan di bahu kiri jalan.
“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa parah di kepala dan maut di lokasi kejadian manakala, pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa yang tidak dikenal pasti warga negara itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Mengulas lanjut, Noor Dellhan berkata, kes tersebut telah disiasat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kuala Lumpur.
Sumber : KMN