Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

KPM Akan Ubah Jadual SPM 2021 Lepas Ramai ‘Bising’ Jadual Sebelum Ni Padat | Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam masa yang terdekat.

KPM Akan Ubah Jadual SPM 2021 Lepas Ramai 'Bising' Jadual Sebelum Ni Padat

Menterinya, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan bersama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta Pengurusan Tertinggi KPM berhubung isu jadual peperiksaan SPM yang mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

“Kami menerima banyak pandangan daripada ibu bapa dan calon SPM 2021 berkaitan dengan jadual peperiksaan SPM yang dikeluarkan KPM dan mengambil kira semua pandangan diberikan.

“Saya sudah berbincang dengan LPM dan juga pengurusan tertinggi KPM untuk melihat semua pandangan ini dan mengambil tindakan sewajarnya menganalisa satu persatu pandangan yang diberikan.

“Insya-Allah kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan Peperiksaan SPM 2021 dalam masa yang terdekat,” katanya melalui hantaran video di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Jadual Peperiksaan SPM tahun ini menimbul pelbagai reaksi pelbagai pihak berikutan tarikh peperiksaan yang akan bermula pada 3 Mac sehingga 20 Mac 2022 itu jatuh pada Jumaat dan Ahad.

Selain itu, tarikh jadual peperiksaan itu turut berada pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari sehingga 20 Mac 2022.

Berdasarkan jadual SPM yang dipaparkan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia sejak beberapa hari lalu, mata pelajaran yang jatuh pada Ahad, 6 Mac adalah Prinsip Perakaunan Kertas 1, 2 dan 4 serta Al-Adab wa Al-Balaghah.

Pada Jumaat, 11 Mac pula mata pelajaran Al-Syariah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Syari’ah Islamiyah, Turath Dirasat Islamiah, Maharat Al-Quran, Bahasa Punjabi, Manahij al-Umum Al-Islamiyah dan Pertanian.

Pada Ahad, 13 Mac pula, Pendidikan Seni Visual – Ujian Melukis, Pendidikan Muzik dan Reka Cipta manakala pada Jumaat, 18 Mac pula Bahasa Cina, Bahasa Iban, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Semai, Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah dan Turath Bahasa Arab.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memaklumkan sudah membuat permohonan kepada KPM untuk membuat perubahan pada jadual berkenaan.

Presidennya, Aminuddin Awang, menyifatkan jadual Peperiksaan SPM yang dikeluarkan kali ini sebagai amat mengecewakan kerana menunjukkan KPM tidak mengambil kira kebajikan guru yang perlu bertugas sebagai pengawas peperiksaan.

Katanya, ini kali pertama peperiksaan SPM dijadualkan jatuh pada cuti hujung minggu malah cuti penggal selama tiga minggu yang ditetapkan tidak dapat dimanfaatkan bersama keluarga kerana hampir semuanya dipenuhi jadual peperiksaan SPM.

“Justeru, NUTP memohon supaya KPM dapat membuat perubahan segera terhadap jadual berkenaan,” katanya.

Sumber : HM 

Share.

Leave A Reply