(Ada Video) Kenduri Tahlil Arwah Boleh Ke Tidak Sebenarnya? | Menurut Kamus Dewan, kenduri arwah diertikan sebagai satu kenduri untuk memperingati ( mendoakan ) orang yang telah meninggal dunia.
Menurut pemahaman masyarakat Melayu kita pula, ia merupakan himpunan zikir yang terkandung di antaranya surah-surah pilihan,ayat-ayat pilihan, solawat ke atas Nabi, tahlil ( لا إله إلا الله ), dan lain-lain lagi dan di akhiri dengan doa kepada si mati.
Dalam huraian di atas, dapat kita fahami dan simpulkan bahawa tahlil bukan sahaja dalam konteks mengucap kalimah لا إله إلا الله , tetapi juga membaca surah-surah pilihan, ayat-ayat pilihan, dan lain-lain lagi dari kalimah toyyibah. Seterusnya didoakan kepada Allah untuk si mati agar dirahmati dan diberi segala kebaikan.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku kematian di dalam masyarakat Melayu kita, keluarga si mati akan melakukan kenduri ( kenduri arwah ) yang mana sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahlil akan dibacakan oleh jemaah yang hadir.
Jadi, apakah hukum membaca tahlil dan melakukan kenduri arwah? adakah dibolehkah? Ikuti kupasan mengenai isu ini melalui video di bawah.