(Ada Video) Kena Kahwin Dulu Baru Rezeki Masuk Menderu | Khalifah Media Network – Perkahwinan menutup pintu-pintu kemaksiatan dan dengan itu, pintu keberkatan dan limpahan rezeki dan rahmat akan terbuka dengan luasnya. Hal ini kerana, bernikah itu adalah di kalangan mereka yang telah melaksanakan satu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

rezeki

“Nikah itu sunnahku, barang siapa yang tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan golonganku!” – HR. Ibnu Majah dan Aisyah r.ha.

Realitinya hari ini, yang muda takut nak berkahwin, khuatir tidak mampu menyara anak dara orang. Bahkan bakal isteri bimbang tidak mampu hidup susah dengan suami kelak. Itu belum lagi termasuk keluarga yang menjadi benteng penghalang untuk dua sejoli menghadap Pak Imam.

Anak muda sering dimomokkan dengan kehidupan lepas kahwin yang mengerikan, hidup susah menjadi rutin, situasi tidak berduit sudah biasa, perlu bersedia lebih awal kesemua situasi sebegitu. Kononnya keluarga tidak mahu melihat anak menantu mereka susah kemudian hari, lantas meletakkan syarat supaya mampu terlebih dahulu untuk menikah.

“Wahai generasi muda! Bila di antaramu sudah mampu menikah hendaklah ia nikah, kerana mata akan lebih terjaga, kemaluan akan lebih terpelihara.” – HR Bukhari dan Muslim.

Ikuti kupasan mengenai isu ini melalui video di bawah..

 

Kelebihan Menjadi Bilal Yang Ramai Tak Tahu | Khalifah Media Network – Saban hari, kita sentiasa diperdengarkan dengan laungan azan. Azan mengajak manusia supaya mendatangi rumah-rumah Allah. Kita diajak dan dipelawa untuk datang ke rumahNya. Bagi bersama-sama menyembah serta mengabdikan diri sebagai tanda kesyukuran kita kepada-Nya di atas segala nikmat yang telah diberikannya kepada kita.

(Ada Video) Kelebihan Menjadi Bilal Yang Ramai Tak Tahu

Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam. Sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru. Oleh itu, kita bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu.

 

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply