Kuah Sate Dari Wanita Misteri Punca Seorang Kanak-Kanak Maut | Seorang bapa yang juga merupakan peniaga ojek online (teksi motosikal) atau perkhidmatan e-panggilan tidak menyangka sate dan kuah sate yang diberikan seorang wanita ternyata menjadi penyebab anaknya terkorban.
Jakarta: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut dipercayai akibat daripada keracunan makanan.
Menurut laporan, bapa kanak-kanak itu yang juga merupakan pemandu ojek (teksi motosikal) dalam talian menerima pesanan dari seorang wanita yang dibuat tanpa menggunakan aplikasi.
Kes tersebut bermula ketika pemandu ojek itu, Bandi dihampiri seorang wanita tidak dikenali ketika dia sedang berehat di sebuah masjid di bandar Jogjakarta.
Wanita misteri terbabit kemudian meminta Bandi menghantar bungkusan berisi sate kepada seorang lelaki yang bernama Tomy.
Kata Bandi, sewaktu dia sudah siap untuk bergerak, tiba-tiba ada seorang wanita mendekatinya dan meminta tolong menghantarkan bungkusan ke daerah Kasihan.
Pada awalnya, dia sempat menyuruh wanita terbabit menggunakan aplikasi saja tetapi wanita terbabit mengaku tidak mempunyai dan memiliki aplikasi berkenaan.
Tambahnya, dia kemudian menghantar pesanan itu khusus untuk Tomy dan memberitahu nama pengirim adalah Hamid.
Namun, ketika Bandi tiba untuk menghantar makanan terbabit, pemilik mengatakan ia tidak memesan sate berkenaan sebelum ia meminta Bandi untuk membawa pulang bungkusan makanan itu sebagai juadah untuk berbuka puasa.
Setibanya di rumah, Bandi kemudian memakan sate berkenaan bersama isteri dan anaknya. Bagaimanapun isteri dan anaknya mengatakan bahawa sate itu berasa pahit sebelum kedua-dua mereka muntah dan tidak sedarkan diri.
Bandi yang panik kemudian terus membawa mereka ke hospital yang terdekat. Malangnya, kanak-kanak terbabit meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Bandi berkata, berdasarkan pemeriksaan makmal racun yang terkandung dalam sate lebih kuat dari racun pertanian.
Sementara itu, jurucakap polis, Suyanto mengesahkan isteri dan anak kedua Bandi dipercayai keracunan memakan sate dengan kuah, manakala Bandi dan anak pertamanya makan sate tanpa kuah.
Ketika ini, polis tidak dapat memastikan apakah makanan itu mengandungi racun atau tidak.
Sumber: Metro, Siakap Keli