“Tidak Perlu Pakai Penutup Muka Jika Sudah Divaksin”, Umum Joe Biden | Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah mengumumkan kepada rakyatnya bahawa mereka kini tidak perlu memakai pelitup muka jika  berada di tempat terbuka dan sedang melakukan aktiviti yang tidak melibatkan orang ramai, baru-baru ini.

"Tidak Perlu Pakai Penutup Muka Jika Sudah Divaksin", Umum Joe Biden

Pengumuman oleh Joe Biden ini dilakukan selepas pihak berkuasa kesihatan terbabit melakukan pengumuman terlebih dahulu kepada orang ramai kerana ia dilihat sebagai salah satu cara untuk memujuk lebih ramai rakyat di negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin bagi pencegahan Covid-19.

Joe Biden mengulas, bahawa Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah melakukan pengumuman penting dan bermula dari hari yang diumumkan, mana-mana orang awam yang telah mendapatkan vaksin dan ingin melakukan aktiviti luar sudah tidak perlu memakai ‘mask’ namun jika bagi aktiviti yang melibatkan orang ramai seperti ketika berada di stadium, persidangan atau konsert, pemakaian pelitup muka adalah diharuskan.

Pengumuman tersebut turut menyatakan bahawa perhimpunan dalam kalangan rakan di taman, berkelah adalah dibenarkan jika sudah mendapatkan vaksin. Walaubagaimana pun, pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan sesak adalah diperlukan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan media tempatan, perubahan polisi tersebut dilakukan atas dasar mengambil kira faktor separuh daripada golongan dewasa diumumkan telah mendapat satu dos suntikan vaksin di negara tersebut. Amerika kini telah merekodkan sejumlah satu per tiga daripada penduduknya sudah mendapatkan vaksin penuh.

Terdahulu, CDC telah mensyorkan penduduk Amerika Syarikat supaya memakai pelitup muka serta mengekalkan penjarakan sosial sebanyak enam kaki.

Biden juga telah mengumumkan bahawa negara tersebut kini semakin hampir memenuhi sasaran untuk menangani Covid-19 menjalang 4 Julai selepas pengumuman berkenaan garis panduan pelitup muka diumumkan kepada orang awam.

Sumber: Astro Awani 

Share.

Leave A Reply