Kumpulan Antivaksin Bersikap ‘Annoying’, Ini Tindakan KJ | Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin.
Menurutnya, pihak KKM berharap agar tindakan susulan berkaitan perkara itu dilakukan segera.
“Kami harap tindakan susulan (siasatan, pendakwaan dan lain-lain) dapat disegerakan.
“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Beliau memaklumkan mengenai perkara itu sebagai respon kepada seorang doktor di Twitter yang menggesa agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan antivaksin yang menubuhkan group di Telegram dan menyebarkan maklumat palsu berkaitan vaksin serta COVID-19.
Pihak @KKMPutrajaya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin. Kami harap tindakan susulan (sisatan, pendakwaan, dll) dapat disegerakan. Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying. https://t.co/rdAKlUNEFZ
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 15, 2021
Sumber : SK