Lama Berdiam Diri, Akhirnya Isteri Dedah Perangai Pelik Arwah Abam Bocey Sebelum Meninggal Dunia | Hampir seminggu berlalu arwah meninggal dunia. Lepas lama berdiam diri, akhirnya isteri dedah perangai pelik arwah Abam Bocey sebelum meninggal dunia. Tak sangka. Baca selanjutnya.
Anak Rindu Arwah Abam Bocey
“Anak macam tertanya-tanya mana pergi bapanya, kepada saya,” demikian menurut isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam yang pergi menghadap illahi, Isnin lalu.
Siti Nurhidayah Mohd Ali berkata, situasi itu membuatkan dirinya sebak kerana suaminya Abam memang rapat dengan anak tunggalnya itu.
“Selalu bila malam, anak kami akan kacau Abam dan tepuk belakang Abam. Sebelum tidur dia akan kacau Abam, dah berapa malam anak kami mencari mana Abam.
“Dia tepuk-tepuk saya macam tahu ayah dia sudah tiada. Setiap malam akan jadi macam itu selepas Abam pergi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, hari ini. Reaksi anak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey di rumahnya, Kampung Sungai Salak Gombak, Selangor.
Menceritakan hal itu, Nurhidayah berkata, anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey akan sentiasa memanjat perut Abam setiap malam sebelum tidur. Malah memasuki hari kedua ketiadaan Abam, Syed Uthman Hamzah yang kini lapan bulan lebih banyak diam dan sesekali menangis.
“Sejak Abam tak ada ni, anak kami masih sihat. Alhamdulilah, dan tidak banyak meraagam,” jelas Nurhidayah.
Pelik. Arwah Tiba-Tiba Makan Asam Pedas Dan Cendol
Ditanya samada terdapat perubahan drastik sebelum Abam pergi selamanya, Nurhidayah berkata, suaminya ada menyatakan hasrat untuk menikmati asam pedas dan cendol. Jadi mereka sekeluarga pergi ke Melaka bagi memenuhi permintaan Abam pada Khamis lalu.
“Sebelum Abam pergi menghadap illahi, Khamis tu dia cakap teringin sangat nak makan asam pedas. Lepas itu dia ajak saya pergi Melaka dan makan asam pedas. Yang pertama itu tidak ikut selera dia, lepas itu petang kami makan lagi. Siap cakap ini baru puas makan asam pedas.
Arwah Nak Makan Cendol Durian
“Malam Khamis itu dia nak makan cendol durian, dia seorang yang makan. Hari Jumaat dia cakap nak deemam,” katanya lagi. Umum mengetahui, Fad Bocey menerima berita pemergian Abam ketika bercuti bersama keluarganya di Tokyo, Jepun.
Perasaan terkilan kerana tidak dapat hadir bertemu Abam buat kali terakhir merupakan perkara yang terawal yang diluahkan oleh Fad meskipun dia cuba membeli tiket penerbangan yang paling awal untuk pulang ke tanah air.
Walau bagaimanapun, Fad Bocey telah selamat sampai ke tanah air pada pukul 1.00 pagi semalam dan dia disambut oleh rakannya Achey. Menerusi Instagram, pelawak itu memuat naik satu video di mana dia menziarahi tempat bersemadi Abam. Sedihnya!
ANGGOTA kumpulan Bocey, Fad, 29, akan memastikan anak tunggal Abam tidak kehilangan kasih seorang bapa. Fad pada perkongsian foto di Instagram mendakap erat anak lelaki Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Menerusi kapsyen ditulis, Fad atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berhasrat menjaga Hamzah. “Daddy, jaga Hamzah ye nak. Anak daddy empat orang sekarang,” katanya berserta hashtag #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah.
Perkongsian menyayat hati Fad itu mendapat lebih 300,000 tanda suka daripada pengikutnya di Instagram dan hampir 4,000 komen yang menyokong tindakan Fad untuk berkongsi kasih sayangnya dengan Hamzah.
Fad Meluahkan Lagi Perasaannya Terhadap Abam. Katanya Bukan Tak Boleh Terima Kenyataan Tapi Hati Hanya Rindu.
Sebelum ini terdapat segelintir pengikut yang meminta Achey dan Fad hentikan posting-posting mengenai Abam kerana ia seperti tidak meredhai pemergiannya.
Bro @acheykintangkintung @fadbocey saya rasa dah cukup dah rasanya post gambar abam… Biarlah dia tenang bro… Bukan ape bro… Kesian kat Abam… Saya pon sedih sbb dia dah takde… Lagi satu saya ade jugak merasa kehiIangan atas pemergian keluarga saya…
Saya juga mcm bro… Sedih… Pernah post macam-macam… Tapi saya rasa kesian kat Abam so saya stop post pasal Abam… Bukan tunjuk pandai bro.. just bagi pandangan dan nasihat… Bukan utk bro je tapi untuk semua termasuk saya sendiri… Semoga abam tenang dan ditempatkan di tempat yg mulia… Aminnn…
Kesian Abam…bagi la Abam tenang disana…redha kan pemergiannye…yg hidup pasti pergi…aku dah merasa kehiIangan aku tahu perasaan kau org…
Jika dilihat harini, Fad datang kembali datang ziarahi tempat bersemadi Abam dan menyatakam menyatakan yang beliau hanya rindu bukan tidak redha seperti yang dikatakan warganet. “Bukannya diri ini tak terima kenyataan,hati ini hanya rindu🙏🏻🙏🏻🤲🏻🤲🏻😔😔 AL FATIHAH(DIBACA) #kitabaikramaisayang #bocey”
Sumber: Malaysian Gazette via Slamber Media