Hamzah Anak Arwah Abam Bocey Demam Rindu. Doakan Baik-Baik. | Hampir seminggu arwah Abam tinggalkan keluarga, Hamzah mula rindu dan demam. Allahu. Baca selanjutnya.
Hamzah Demam Tapi Dah Bawak Klinik
Pemergian arwah Abam pastinya bukan perkara yang mudah untuk diterima oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Tapi walaupun p4hit, mereka perlu reda akan ujian yang telah diberikan. Pasti akan ada hikmah yang lebih besar menanti mereka di hadapan.
Paling terkesan sudah pasti isteri arwah, Nor Hidayah yang kini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah kepada anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia lapan bulan.
Bagi kanak-kanak seusia Hamzah, apalah yang dia tahu tentang kehilangan dan kem4tian. Melalui perkongsian dalam temuramah sebelum ini, Hidayah menceritakan bahawa, pada malam pertama pemergian arw4a, Hamzah sudah mula mencari kelibat ayahnya.
Menerusi perkongsian salah seorang sahabat yang rapat dengan arw4h, Mohd Fauzi Amiden dia sering memuat naik situasi terkini berkenaan keluarga arw4h. Menurutnya, kesihatan semasa Hamzah mula terganggu dan dem4m. Tapi bagaimanapun, Hamzah telah pun di bawa ke klinik untuk mendapatkan raw4tan.
Dia meminta agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan anak kecil ini. Mungkin Hamzah tidak mampu untuk berkata-kata meluahkan perasaan rindu terhadap arw4h ayahnya.
Malah ramai yang sentiasa mendoakan Hidayah dan Hamzah sentiasa dalam keadaan yang baik.
Menerusi foto yang dimuat naik oleh Hidayah, kucing misteri yang datang ke rumah mereka pada hari pemergian arwah sentiasa ada menemani Hamzah. Malah kucing tersebut turut tidur di atas katil tempat kebiasaan arw4h selalu tidur.
Moga dengan kehadiran kucing tersebut sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati Hamzah. Semoga Hamzah cepat sembuh ye sayang
Komen Warganet
Cm anak ai . Bru usia 2bulan time tu, dh terpisah gn papa dia .seminggu lpstu , dem4m .merengek2 .letak baju terakhir yg papa dia pakai kt dada dia .terus senyap smpai tertido si anak . Ape pun smga bby hamzah baik2 dn kuat .mmbesar jd anak yg soleh ye syg
dulu swktu aku kehilangan suami pon ank aku yg berumur 7 nlm dan 2 thn skt2 aku dah buntu…untunglah allah msh memberi kwkuatan dan melalui org tua ank ku di bawa mandi kepus4ra ayah nya dgn air kelapa… alhamdullilah sembuh…
Ya allah sedihnya semoga cepat sembuh adik…kepada isteri arwah abam bnyk2 bersabar.saya dulu arwah suami meninggal ank yg kecik 10 bln,mcm ank arwah abam jgk hari pertama ok ,mSuk 2,3 ari barulah meragam,dia tahu ayh dia trcari2 ayah dia..
Ya Allah ya Tuhanku…. KAU berikanlah kekuatan kepada anak ini utk mengharungi kehidupan yang sepertimana yang telah KAU berkehendakkan. Sesungguhnya KAU maha mengetahui lagi maha penyayang ya Allah….aaminn….
Sumber: Slumbermedia