Lebih 100 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Pulang Beraya Di Kelantan Gagal

| May 8, 2021 | 0 Comments

Lebih 100 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Pulang Beraya Di Kelantan Gagal | Beberapa hari sahaja lagi umat islam dunia akan menyambut kedatangan bulan syawal maka berakhirlah bulan ramadan yang penuh keberkatan ini. Dengan itu ramai anak perantau yang cuba untuk pulang ke kampung halaman bagi melepaskan kerinduan kepada ibu bapa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama dengan mereka.

Lebih 100 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Pulang Beraya Di Kelantan Gagal

Lebih daripada 100 kenderaan telah diarahkan untuk berpatah balik oleh pihak berkuasa apabila mendapati mereka ini cuba untuk merentas negeri tanpa kebenaran ke Kelantan. Dipercayai mereka ingin merentas negeri untuk pulang beraya di kampung halaman. Namun mereka telah diarahkan untuk berpatah balik Di Gua Musang sepanjang hari semalam.

Semua mereka ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Kampung Tanah Putih Gua Musang, di sini, sehingga jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata pihaknya mengarahkan mereka berpatah balik selepas gagal menunjukkan surat kebenaran merentas negeri. Beliau turut menasihatkan agar orang ramai tidak mencuba nasib untuk merentas negeri bagi pulang beraya di kampung.

Tinjauan Astro AWANI mendapati, bilangan kenderaan di laluan berkenaan meningkat sejak jam 9 pagi tadi, namun kebanyakan mereka dibenarkan masuk ke Kelantan kerana mempunyai kebenaran termasuk pasangan jarak jauh selain individu yang mempunyai urusan pekerjaan.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *