Johor Benarkan Bazar Ramadan Dan Aidilfitri Di Kawasan PKP Diteruskan

| May 5, 2021 | 0 Comments

Johor Benarkan Bazar Ramadan Dan Aidilfitri Di Kawasan PKP Diteruskan | Seperti yang diketahui bermula 7 Mei beberapa mukim di Johor akan kembali ke status PKP. Hal ini menjadi kebimbangan buat sesetengah rakyat terutama peniaga berikutan akan berlaku penutupan bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Johor Benarkan Bazar Ramadan Dan Aidilfitri di Kawasan PKP Diteruskan

Namun, orang ramai boleh menarik lafaz lega selepas Kerajaan Negeri Johor membenarkan bazar ramadan dan Aidilfitri di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri selepas perbincangan lanjut dilakukan.

Katanya, Kerajaan Johor memutuskan bazar Ramadan dan Aidilfitri untuk tiga daerah yang dikuatkuasakan PKP iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi yang bermula esok dibenarkan untuk diteruskan.

Tambahnya, pengoperasian bazar Ramadan bagi tiga daerah berkenaan dibenarkan dari jam 3 petang hingga 8 malam dengan pelaksanaan SOP yang ketat manakala bazar Aidilfitri pula dibenarkan dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan pelaksanaan SOP ketat.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pelaksanaan PKP di tiga daerah di Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi berkuat kuasa mulai 7 Mei sehingga 20 Mei.

Beliau berkata, penguatkuasaan PKP bagi tempoh sama turut dilakukan di 14 Mukim dalam daerah Besut kecuali Mukim Hulu Besut di Terengganu.

Mengulas lanjut mengenai isu ini, Ayub berkata, bazar Ramadan dan Aidilfitri di daerah negeri ini yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), berjalan seperti biasa.

Menurutnya, bazar Ramadan dibenarkan dari jam 3 petang hingga 8 malam dengan pelaksanaan SOP ketat, manakala bazar Aidilfitri adalah dibenarkan dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Beliau berkata, sebarang perubahan atau pindaan atau keputusan terkini kerajaan negeri akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Metro

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *