Pengurus Sebuah Pusat Tahfiz Didakwa Cedera, Rotan Pelajar

| May 5, 2021 | 0 Comments

Pengurus Sebuah Pusat Tahfiz Didakwa Cedera, Rotan Pelajar | Ibu bapa semestinya inginkan anak-anak mereka menjadi seorang yang baik akhlaknya dan menjadi seorang insan yang berjayaa dunia dan akhirat. Justeru itu, mereka menganggap dengan menghantar anak-anak ke pusat tahfiz adalah suatu perkara yang tepat walaupun umurnya masih kecil.

Pengurus Sebuah Pusat Tahfiz Didakwa Cedera, Rotan Pelajar

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila pasangan suami isteri yang juga merupakan pengurus di sebuah pusat tahfiz didakwa di Mahkamah Majistret di Ampang hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia tujuh tahun pada Mac lalu.

Norizan Yahaya, 52, dan suaminya Muhammad Yaqoob, 32, yang merupakan warga Pakistan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di dua Mahkamah Majistret berasingan.

Dalam pada itu, di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar, Norizan telah didakwa kerana mendatangkan cedera terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang masih berusia tujuh tahun. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Taman Tun Abdul Razak di sini kira-kira pada jam 6 petang antara 9 Mac dan 6 petang pada 23 April lalu yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang dikenakan bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum selama setahun atau denda boleh sampai RM2000 ataupun kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan dengan kesalahan.

Sementara itu, di hadapan Majistret Normaizan Rahim, suami Norizan, Muhammad Yaqoob didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan rotan sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada tempat dan tarikh sama yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Kedua-dua mahkamah telah menetapkan tarikh 18 Jun untuk sebutan semula kes.

Bagaimanapun, Kosmo pada 27 April lalu telah melaporkan sepasang suami isteri ditahan polis kerana terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak di sebuah pusat tahfiz Taman Tun Abdul Razak.

Sumber: Kosmo 

 

Tags: , , , , , , ,

Category: AGAMA, INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *