(Video) Youtuber Terkenal Bawa Anak Yatim Shopping Raya | Seorang youtuber terkenal Malaysia ini begitu dikenali disebabkan oleh kemurahan hatinya yang sering memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kali ini, youtuber ini telah melakukan satu lagi kebaikan bersama dengan para pelajar dari sebuah rumah anak yatim di Selangor.

Youtuber Terkenal Bawa Anak Yatim Shopping Raya

Youtuber terkenal yang dikenali sebagai Isa Isarb bersama dengan rakan-rakan dan krewnya telah membawa sekumpulan anak yatim dari Rumah Anak Yatim Kuala Langat untuk membeli persiapan raya mereka buat lebaran yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi.

Berdasarkan video yang dimuatnaik di youtube itu, dapat dilihat segala perancangan telah dilakukan dengan teliti apabila setiap daripada rakan-rakannya diberikan tugasan masing-masing untuk menjayakan program itu. Sebaik semua perancangan telah selesai, mereka mula melaksanakan program mereka itu.

Mereka telah membawa sebiji bas yang akan digunakan sebagai pengangkutan bagi membawa lebih kurang 30 ke 40 orang pelajar dari rumah anak yatim itu bersama dengan staffnya ke Mydin Klang Plaza untuk membolehkan para pelajar itu mendapatkan segala keperluan raya mereka di sana. Para pelajar itu telah diambil di SK Sungai Buaya dengan menaiki bas menuju ke destinasi yang dituju.

Youtuber Terkenal Bawa Anak Yatim Shopping Raya

Setiap orang daripada para pelajar itu diberikan wang tunai sebanyak RM200 seorang. Mereka dibolehkan untuk membeli apa sahaja barang yang mereka idamkan selama ini dan mendapatkannya di dalam pusat membeli belah itu. Mereka hanya perlu menggunakan wang yang diberikan itu sahaja untuk membayar setiap harga barangan yang diambil tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan mereka.

Youtuber Terkenal Bawa Anak Yatim Shopping Raya

Sebaik sahaja tiba di sana, kakitangan Mydin Klang Plaza turut sama membantu dengan memebrikan kerjasama yang baik dan mengarahkan para pekerjanya membantu para pelajar itu mendapatkan segala barang keperluan mereka seperti baju, kasut dan lain-lain.

Sepanjang tempoh perlaksanaan aktiviti itu, mereka juga tidak mengenepikan soal Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh setiap masyarakat. Ini bagi tujuan kesihatan setiap pelajar dan juga yang terlibat serta bagi mengelakkan penyebaran wabak covid-19.

Youtuber Terkenal Bawa Anak Yatim Shopping Raya

Setelah selesai membeli-belah di pusat membeli-belah itu, para pelajar itu dibawa pula ke sebuah gerai milik rakan kepada Isa Isarb yang menjual pakaian kanak-kanak bagi membantu beliau yang mana perniagaannya terkesan disebabkan oleh pandemik covid-19. Kali ini dengan bantuan setiap krew dan juga Isarb Clan, setiap pelajar itu dibolehkan untuk mengambil apa sahaja yang dijual oleh individu itu dan dibayar sepenuhnya oleh beliau sendiri sebelum mereka dihantar pulang semula ke rumah anak yatim itu.

Sumber: Isa Isarb

 

 

Share.

Leave A Reply