Lebih 100 Kontraktor Di Turkiye Ditahan, Menjadi Sasaran Dipersalahkan | Ketika kemarahan rakyat memuncak atas usaha menyelamat dikatakan perlahan oleh Kerajaan Turkiye dengan angka kematian di negara itu melebihi 24,000 orang, pegawai kerajaan pada Sabtu, mula melakukan tindakan menahan ratusan kontraktor.

Kontraktor menjadi sasaran dipersalahkan kerana beberapa bangunan runtuh dalam gempa bumi dahsyat Isnin lalu itu, dikatakan dibina dengan tidak memenuhi keperluan untuk kawasan yang terdedah kepada gempa bumi besar.

Portal The New York Times melaporkan, lebih 100 kontraktor sudah ditahan di seluruh 10 wilayah yang terjejas oleh gempa bumi.

Agensi Berita Anadolu yang dikendalikan kerajaan melaporkan pada Sabtu bahawa Kementerian Kehakiman Turkiye juga mengarahkan pegawai di wilayah terjejas untuk menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Gempa Bumi.

Arahan juga diberikan supaya pegawai yang berkenaan melantik pendakwa raya untuk membawa tuduhan jenayah terhadap semua ‘jurubina dan mereka bertanggungjawab’ bagi keruntuhan bangunan gagal memenuhi kod sedia ada, tindakan sama dilaksanakan selepas bencana serupa pada 1999.

Penangkapan itu adalah langkah pertama Turkiye untuk mengenal pasti dan menghukum orang yang mungkin menyumbang kepada kematian rakan senegara mereka dalam gempa bumi itu.

Rakyat sudah meluahkan kemarahan terhadap apa yang mereka pertikaikan sebagai pembina korup yang mengambil jalan pintas untuk meraih keuntungan berganda.

Di kejiranan Saraykint di Antakya, penduduk menunjukkan hasil kerja yang buruk di bangunan mewah 14 tingkat baru dibina dan di situ, kira-kira 90 pangsapuri runtuh.

“Ia dibina terlalu cepat. Konkrit itu seperti pasir,” kata seorang lelaki yang enggan memberikan namanya, berdiri berhampiran bangunan itu sambil melihat penyelamat bekerja.

Antara mereka ditahan pada Sabtu ialah Mehmet Ertan Akay, pembina kompleks bangunan yang runtuh di bandar Gaziantep.

Pejabat pendakwa Gaziantep berkata, ia mengeluarkan perintah penahanan itu selepas memeriksa bukti yang dikumpul daripada runtuhan kompleks yang dibina syarikat pembinaan milik Mehmet.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Minggu Lalu, Saintis Ramal Akan Berlaku Gempa Bumi Di Turki Tapi Dituduh Ahli Nujum

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud menggegarkan tenggara Turkiye  pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan) yang mengorbankan lebih 900 orang di Syria dan Turkiye ketika penduduk sedang lena tidur.

Puluhan bangunan dilaporkan runtuh termasuk kompleks-kompleks kerajaan. Gegaran dikatakan turut dirasai sejauh pulau Cyprus, Lubnan, Mesir dan Iraq.

Menurut pakar, mereka telah lama memberikan amaran bahawa gempa bumi dahsyat boleh memusnahkan ibu negara itu susulan pelbagai pembangunan tanpa langkah keselamatan. Laman Facebook MatGeo juga turut mengulas isu ini susulan seorang lelaki telah memberi gambaran awal mengenai bencana yang terjadi pada ketika ini. Akan tetapi, lelaki tersebut telah dituduh dan dilabel sebagai ahli nujum oleh orang ramai. Ulasan lanjut ada di bawah :

Tweet lelaki ini mengenai gempa bumi di selatan Turkiye, tiga hari lalu yang menjadi nyata, bukanlah dari sekadar tembakan yang kena sasarannya. Apa yang diterangkan adalah berdasarkan kajiannya tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 115 dan 526 di kawasan itu sesudah berlaku kesejajaran planet-planet tertentu seperti yang berlaku beberapa hari lalu.

Namun beliau yang berkerja dengan Solar System Geomatry Survey (SSGEOS) dicap sebagai saintis pseudo oleh macam biasa, kebanyakan yang menolak kaitan fizik tatasurya kepada aktiviti perut bumi.

Bagi saya, sekiranya sesuatu kajian itu membawa bandingan dari zaman silam, bermakna kajiannya sudah agak mendalam kerana melibatkan sesuatu kitar. Jadi, tidak salah untuk menyebut ia mempunyai asas untuk diberi perhatian kerana ia bukan hasil nujum dan mimpi.

Apatah pula, ulasan beliau dibuat ketika berlaku gempa magnitud 4.4 di kawasan tersebut tiga hari lepas. Manakala berkait ramalannya dia hanya menyebut ‘lambat laun akan terjadi’. Kebiasaan gempa di Turki kerap terjadi di zon sesar utara negara tersebut. Maka tentulah bermulanya aktiviti di kawasan tersebut telah mencetus tweetnya yang bersandar kajiannya.

Kesimpulannya, kuasa Allah untuk mendatangkannya, seperti kuasa Allah jua yang memberi ilham tentang kedatangan gempa itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya melalui anggaran-anggaran dari sukatan pengetahuan yang tertentu.

Maka tidak pelik untuk pengkaji meramal sedemikian lalu terjadi. Kerana kerjanya mengkaji. Kecuali jika ia ramalan dan terjadi hasil tweet oleh orang awam yang apa pun dia tak peduli, satu benda pun dia tak mengerti.

May be an image of 1 person, map and text that says 'Frank Hoogerbeets @hogrbe Follow Sooner or later there will be a ~M 7.5 #earthquake in this region (South-Central Turkey, Jordan, Syria, Lebanon). #deprem CENTRAL TURKEY JORDAN-SYRIA REGION 2023-02-03 11:05:06 UTC source: SSGEOS www.asgeos.org 8:03 PM Feb 3, 2023 த 106.3K Reply Share Read 4.9K replies'

Ada juga pendapat bersepah di internet menyebut pelorotan kutub utara magnetik ke Siberia mengalih gerakan plet Afrika sedikit menyasar ke timur lalu menggerakkan bentukan geologi Cyprus yang terperosok ke celah antara bentukan Semenanjung Anatolia dan Semenanjung Arab.

Walaubagaimanapun, ia adalah hanya pendapat bersepah yang dikutip kerana boleh jadi, ia betul.

Peralihan kedudukan kutub utara magnetik juga adalah sebentuk kejadian berkitar.

May be an image of map, sky and text that says 'Istanbul Ankara Bursa'

Sumber : MatGeo

Share.

Leave A Reply