Lebih 200 Saman Dikeluarkan Kepada 156 Penunggang Motosikal

| May 1, 2021 | 0 Comments

Lebih 200 Saman Dikeluarkan Kepada 156 Penunggang Motosikal | Kebelakangan ini jadi riuh-rendah kembali mengenai motosikal yang diubahsuai apabila pihak berkuasa seperti Polis Trafik dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) memaklumkan akan mengambil tindakan serta melakukan operasi bagi mengekang atau mengenalpasti mereka yang melakukan modifikasi berlebihan terhadap motosikal yang digunakan di atas jalan raya.

Lebih 200 Saman Dikeluarkan Kepada 156 Penunggang Motosikal

Kuantan: Lebih 200 saman telah dikeluarkan kepada 156 penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan yang dilakukan mereka dalam satu operasi khas yang dijalankan di Tanjung Lumpur di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata bertindak atas maklumat yang diberikan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan telah melakukan pemeriksaan terhadap kumpulan berkenaan pada sekitar jam 8.45 malam.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dilakukan ke atas 156 penunggang motosikal berkenaan telah membabitkan seramai 161 individu termasuk dua wanita yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun.

Dalam pada itu, pemeriksaan awal telah mendapati selain tidak mempunyai lesen, kebanyakan daripada motosikal berkenaan juga tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Bukan itu sahaja, terdapat segelintir daripada mereka menggunakan nombor pendaftaran yang bersaiz kecil dan pelbagai warna bagi mengelak ia dapat dibaca atau dikesan oleh penguat kuasa.

“Sebanyak 35 motosikal turut disita kerana didapati melakukan pengubahsuaian terhadap kenderaan mereka. Polis juga telah mengeluarkan lebih 200 saman susulan, setiap daripada mereka terdapat satu kesalahan malah ada yang lakukan dua hingga tiga kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Dalam masa yang sama, beliau berkata seorang anggota yang berpangkat sarjan telah mengalami kecederaan di bahagian kaki susulan cuba menahan motosikal yang akhirnya berjaya lolos dalam operasi itu.

Masalah seperti ini yang selalu membimbangkan warga lebih-lebih lagi apabila ia mendatangkan masalah sekaligus mengganggu ketenteraman awam sekiranya terdapat korban jalan raya yang melibatkan sekumpulan motosikal seperti ini.

Sumber: Berita Harian 

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *