Akibat Dendam, Lelaki Sanggup Bakar Kereta Bekas Isteri | Akibat dendam yang menguasai diri, akal fikiran semestinya akan dipengaruhi oleh rasa amarah dan tidak lagi mampu untuk berfikiran dengan waras. Itulah yang terjadi pada seorang lelaki yang berdendam dengan bekas isterinya.

Akibat Dendam, Lelaki Sanggup Bakar Kereta Bekas Isteri

Akibat rasa dendam yang menebal dalam diri seorang lelaki terhadap bekas isterinya, lelaki dari Thailand itu telah bertindak nekad dengan membakar kereta milik bekas isterinya. Ketika itu kereta itu dinaiki oleh bekas isteri dan kekasih baharu wanita itu.

Sebelum kejadia itu berlaku, suspek yang dikenali sebagai Niwat Chankaew telah terlihat kenderaan pikap milik bekas isterinya terletak di sebuah stesen minyak di wilayah Nakhon Si Thammarat.. Dia merasa marah apabila melihat bekas isterinya itu bersama dengan lelaki lain.

Setelah itu dia telah kembali ke rumahnya sebelum datang semula dengan membawa bom buatan tangan. Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, dia telah melemparkan bahan bakar itu ke arah kenderaan milik bekas isterinya itu. Ketika itu bekas isterinya dan kekasih barunya sedang nyenyak tidur di dalam kenderaan itu.

Menurut lelaki itu, dia bersedia untuk dipenjarakan atas tindakannya itu namun bekas isterinya haruslah membayar semula kesemua hutangnya kepada bekas suaminya dan itu barulah dikira adil.

Melalui rakaman kamera tersembunyi (CCTV), mendapati lelaki itu terus melarikan diri sebaik sahaja melemparkan bom petrol ke arah kenderaan bekas isterinya.

Menerusi rakaman itu juga dapat dilihat kebakaran merebak dengan begitu pantas sekali dan seorang lelaki berbaju T berwarna merah sempat melarikan diri. Wanita itu, Pattarapond Kongsidee, 26, dan kekasihnya terselamat.

Berdasarkan penyataan dari wanita itu, dia dan kekasihnya tertidur di dalam kenderaan pikap itu ketika mereka berhenti berehat. Ini kerana mereka baru sahaja selesai membuat penghantaran buah-buahan.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply