Lelaki 100 Tahun Kahwini Gadis 20 Tahun. Ini Sebab Kisah Ni Viral Di Indonesia. | Viral lagi di Indonesia, kini lelaki 100 tahun nikah gadis cantik berusia 20 tahun. Lepas wartawan siasat, ini kisah sebenar yang buatkan ramai ingin tahu. Allahu. Jom baca, ada banyak gambar lagi.

Wang Hantaran Sebanyak RM1,500

Perkahwinan seorang warga emas dengan seorang gadis kira-kira 80 tahun lebih muda daripadanya tular di Indonesia.

Gambar dan video hari bahagia pasangan terbabit yang diraikan di kabupaten Wajo di Sulawesi Selatan turut menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Kumparan.com melaporkan saudara keluarga kepada pengantin lelaki, Ayu Anggreni Muchtar turut mengesahkan perkahwinan tersebut diadakan di rumah pihak perempuan di Jalan Galico.

“Ya betul, Katte dan isterinya, Indo Alang selamat diijabkabul semalam. Saya tidak pasti tentang umur sebenar Katte, tetapi dianggarkan kira-kira 100 tahun kerana dia merupakan pejuang ketika era penjajahan Belanda manakala isterinya berusia dalam lingkungan 20-an,” ujarnya.

Menurut Ayu, Katte turut membelanjakan 5 juta Rupiah (RM1,500) untuk wang panai (wang hantaran) dalam adat budaya Bugis-Makassar.

Perkahwinan antara pasangan yang mempunyai jarak umur yang sangat jauh jarang berlaku di Indonesia.

Tetapi salah satu majlis yang paling mendapat perhatian melibatkan seorang lelaki berusia 16 tahun dan pasangannya berumur 71 tahun. – Agensi



Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply