Pakej Ransangan Ekonomi. Ini Komen DS Azmin Ali Kepada Tun Mahathir

| February 27, 2020 | 0 Comments

Pakej Ransangan Ekonomi. Ini Komen DS Azmin Ali Kepada Tun Mahathir | Lepas peristiwa Sheraton, DS Azmin tak banyak keluar media, tetapi hari ni memberi kenyataan balas terhadap Pakej Ransangan Ekonomi Tun Mahathir. Tak sangka. Baca selanjutnya.

Team Azmin Sokong Pakej Ransangan Ekonomi

Kumpulan 11 bekas Ahli Parlimen PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin dengan pakej rangsangan bernilai RM20 bilion dapat menangani kemuraman ekonomi dan cabaran akibat impak COVID-19.

Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka sekali gus mendukung sepenuhnya pakej rangsangan ekonomi seperti diumumkan Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

“Ketiga-tiga strategi yang menunjangi pakej rangsangan ini bukan sahaja dapat menangani impak COVID-19 ke atas perniagaan dan isi rumah yang terjejas, malah berperanan penting memangkin pertumbuhan semasa berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan berkualiti.

“Pendekatan yang diambil menerusi pakej rangsangan ini akan memudahkan aliran tunai bagi perniagaan dan individu terkesan, terutamanya dalam sektor pelancongan dan pengeksportan.

“Langkah seperti penundaan ansuran cukai, penyediaan diskaun sementara, bantuan pinjaman dan pemberian bayaran one-off serta elaun khas sudah tentu dapat meringankan beban bagi mereka yang memerlukan,” katanya.

Selain Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, turut dinamakan dalam kenyataan itu adalah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Selain itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar; Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Selain itu, menurut kumpulan berkenaan pelaksanaan oleh kerajaan dan institusi kewangan secara proaktif serta berterusan bukan sahaja dapat menjamin bantuan yang disampaikan berkesan kepada perniagaan dan isi rumah yang terbabit, malah pakej rangsangan itu juga akan mengukuhkan asas ekonomi negara bagi menggalakkan pelaburan berkualiti.

“Kami yakin usaha kerajaan ini bakal mengembalikan keyakinan masyarakat perniagaan dan pelabur terhadap ekonomi negara.

“Ia juga akan mencetuskan pertumbuhan baharu dalam menghadapi cabaran genting daripada senario ekonomi global dan impak COVID-19.

“Justeru, kami komited kepada agensi kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat dan kami mengajak semua untuk terus mengutamakan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *