Lelaki Bergambar Bersama Senapang Mainan Telah Ditahan | Seorang lelaki di India ditahan selepas bergambar bersama ‘senjata api’ di sebuah laluan lebuh raya yang baru dibuka, sebelum polis kemudian mendapati ia sebenarnya senapang mainan, lapor saluran berita NDTV kelmarin.
Lelaki dari negeri Maharashtra itu diburu polis selepas sebuah video yang dikongsikan pada 14 Disember lalu memaparkan dia memegang senjata api tersebut dan melepaskan ‘tembakan’ ke udara.
Disebabkan kesan-kesan khas visual yang digunakan, tembakan itu kelihatan asli dan senapang tersebut dilihat menyerupai senjata api sebenar.
Selepas video tersebut menjadi tular, polis melancarkan gerakan memburu lelaki berkenaan.
Nombor pendaftaran kenderaannya dikesan dan ia didapati milik lelaki bernama Chandrakant Gaikwad.
Lelaki tersebut kemudian ditahan dan kenderaannya disita.
Ketika siasatan dijalankan, polis mendapati bahawa senjata api tersebut sebenarnya merupakan senapang mainan.
Chandrakant juga dikatakan telah meminta bantuan rakannya untuk memasukkan kesan-kesan khas ke dalam video berkenaan.
Insiden tersebut berlaku ketika trend orang ramai bergambar bersama senjata api dan memuat naik di media sosial menjadi popular di India, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan banyak amaran yang melarang pengguna memuat naik hantaran seperti itu.
Sumber: Kosmo
Artikel Lain
Ingat Senapang ‘Palsu’.. Kanak-Kanak Maut Ditembak Rakan
Ingat Senapang ‘Palsu’.. Kanak-Kanak Maut Ditembak Rakan | Kenakalan beberapa kanak-kanak berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak maut ditembak rakan guna senapang yang ditemui yang disangka senapang tersebut palsu. Baca selanjutnya..
TEMBAK DI DAHI
Bangkok – Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun terbunuh selepas ditembak ketika dia dan dua lagi rakannya bermain dengan senapang sebenar yang disangka palsu, lapor portal berita The Thaiger, kelmarin.
Dalam kejadian di wilayah Chon Buri itu, mangsa yang merupakan warga Myanmar dipercayai bermain dengan selaras senapang buatan tempatan yang dijumpai di rumah salah seorang rakan mereka.
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun kemudian menarik picu senapang dan menembak mangsa pada bahagian dahi.
Kanak-kanak tersebut kemduian dibawa ke Hospital Bang Lamung oleh anggota pasukan keselamatan ,Sawang Boriboon namun meninggal dunia di hospital.
Stesen televisyen tempatan, Sophon Cable TV melaporkan tragedi tersebut berlaku disebabkan kenakalan kanak-kanak tersebut.
Kenyataan itu bagaimanapun dikritik netizen yang kemudian memberitahu ia berlaku kerana kecuaian orang dewasa yang tidak mengawasi kanak-kanak tersebut ketika bermain.
Sumber : Kosmo
Pekebun Miliki Senapang Angin Buatan Sendiri Ditahan
Pekebun Miliki Senapang Angin Buatan Sendiri Ditahan | Seorang pekebun berusia 53 tahun ditahan dan selaras senapang angin dirampas selepas polis melakukan serbuan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Sri Medan pada Ahad.
Asisten Komisioner Ismail Dollah, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat melakukan serbuan di bengkel berkenaan pada jam 1.15 tengah hari.
Beliau berkata, hasil serbuan tersebut pihak polis merampas senapang angin serta peluru yang berada dalam sebuah kereta di bengkel berkenaan. Senapang angin tersebut dipercayai dibuat sendiri oleh suspek.
Beliau juga berkata dalam kenyataan pada Isnin bahawa suspek mempunyai rekod lampau atas pelbagai kesalahan termasuk dadah dan jenayah.
Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah.
Menurutnya, suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.
Tambah Ismail, kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Sinar Harian