Lelaki Didakwa Gigit Kepala Ular Sawa Sampai Putus | Lelaki didakwa menggigit kepala ular sawa peliharaan seorang wanita ketika dia berselisih faham dengan individu berkenaan.

Metro UK melaporkan, Kevin Justin Mayorga, 22, didakwa menggigit ular itu ketika bertengkar dengan seorang wanita di sebuah pangsapuri di Cutler Bay, Florida, Amerika Syarikat (AS), Isnin lalu.

Anggota polis yang dikejarkan ke tempat kejadian dekat kompleks pangsapuri berkenaan dilaporkan mendengar pertengkaran lelaki dan wanita.

Menurut laporan tangkapan yang diperoleh NBC Miami, wanita itu kedengaran menjerit kepada polis supaya menendang pintu.

Ketika pegawai cuba menceroboh masuk, Mayorga kelihatan berlari ke pintu untuk menghalang mereka daripada masuk, dan menahan wanita itu.

Polis meminta Mayorga menunjukkan tangannya dan keluar tetapi lelaki itu enggan.

Seorang daripada anggota polis kemudian menggunakan senjata perenjat (taser gun), namun tindakan itu tidak berjaya melemahkan suspek.

Lelaki itu kemudian menghayun tangannya dan ia menyebabkan gari terkena pada polis.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan tidak lama kemudian.

Di dalam pangsapuri itu, polis menemui seekor ular di sebelah pintu, yang mana sudah putus kepala.

Menurut laporan, wanita itu memberitahu polis Mayorga menggigit kepala ular sawa.

Status antara Mayorga dan wanita itu tidak jelas.

Susulan kejadian, Mayorga dituduh atas dakwaan bertindak kejam terhadap haiwan, mengurung secara salah dan melawan polis dengan cara keganasan.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Gempar! Kanak-kanak Lelaki Gigit Ular Tedung Hingga Mati

Seorang budak lelaki India berusia lapan tahun berjaya membunuh seekor ular tedung dengan menggigit haiwan itu baru-baru ini.

Gempar! Kanak-kanak Lelaki Gigit Ular Tedung Hingga Mati

Kejadian itu berlaku di sebuah perkampungan terpencil Pandarpadh di wilayah Chhattisgarh tengah India.

Pada mulanya, budak itu yang hanya dikenali sebagai Deepak diserang ular tersebut yang melilit lengannya.

Ular tedung itu melilit lengan Deepak ketika dia bermain di luar rumah keluarganya.

Dia menggoyangkan lengannya tetapi tidak dapat melepaskan reptilia itu.

Pada ketika itu, Deepak memutuskan untuk membenamkan giginya sendiri ke dalam badan ular tersebut sebanyak dua kali sehingga berjaya membunuh haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, ular itu sempat menggigit tubuh Deepak sebelum budak tersebut menggigitnya.

Ibu bapa Deepak kemudian bergegas ke pusat perubatan berhampiran dan anak mereka diletakkan dalam pemerhatian untuk memastikannya pulih dengan baik.

Pemeriksaan terhadap kecederaannya mendapati Deepak mengalami gigitan kering yang bermakna ular tedung itu tidak mengeluarkan sebarang racun ke dalam tubuhnya.

Kawasan Deepak bergelut dengan ular tedung itu terkenal dengan aktiviti reptilia tersebut.

Sumber : KMN

 

Ular Sepanjang 4 Kaki Masuk Dalam Mulut Wanita, Doktor Keluarkan Dari Kerongkong

Video klip memaparkan seorang wanita warga Rusia mengejutkan warganet apabila seekor ular sepanjang 4 kaki (1.2 meter) memasuki dalam mulutnya.

Menerusi rakaman ngeri yang dimuat naik oleh Fascinating Facts di laman Twitter, memaparkan ular itu dikeluarkan menerusi pembedahan dari kerongkong wanita terbabit.

Difahamkan, ular sepanjang 1.2 meter itu memasuki ke dalam mulut hingga ke kerongkong ketika wanita berkenaan sedang tidur.

Semasa menjalani pembedahan, wanita itu tidak sedarkan diri. Lebih mengejutkan lagi, reptilia tersebut menyerang doktor yang bertugas sejurus ia dikeluarkan dari kerongkong pesakit, namun sempat mengelak daripada serangan berkenaan.

Hasil pemerhatian, kami dapati video berdurasi 11 saat itu meraih lebih 1.9 juta tontonan dan mendapat lebih 40 ribu tanda suka di Twitter.

Sumber : Oh Bulan

Share.

Leave A Reply