Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Lelaki Didakwa, Khianat Bas Bawa Pemain | Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba melakukan khianat dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor.

Tertuduh, Mohamad Haadi Wahab yang berumur 27 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba melakukan perbuatan khianat ke atas harta benda dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor FC membabitkan kerugian kira-kira RM15,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pekarangan StadiumSultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak jam 12.05 malam pada 22 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 511 KK kerana cuba melakukan khianat.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 26 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Khairi Mohamed Noor, Pegawai Pendakwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan berlaku satu kekecohan di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Kuala Nerus selepas berakhir perlawanan membabitkan TFC dengan Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, terdapat segelintir penyokong TFC bertindak membaling batu ke atas bas yang membawa pemain dan pegawai skuad Gergasi Merah.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel Lain

Lelaki Didakwa Suami Belasah Wanita Di Rumah

Lelaki Didakwa Suami Belasah Wanita Di Rumah | Perbuatan seorang lelaki dipercayai suami tular di media sosial sejak semalam apabila mendera seorang wanita di sebuah rumah.

Tanpa mengetahui di mana lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku menyaksikan seorang wanita dan kanak-kanak wanita turut berada di dalam video berkenaan.

Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat yang tular di aplikasi Tiktok itu menunjukkan lelaki berambut panjang itu menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.

Kanak-kanak perempuan itu juga kelihatan menangis sambil menangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.

Melalui kapsyen video berkenaan menyatakan lelaki itu didakwa merupakan bekas suami kepada seorang penyanyi.

“Dia dera bini baru pulak (pula) tolong viralkan…dia dah dera separuh mati,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu rata-rata pengguna Tiktok meminta pihak berkuasa untuk menjalankan sisatan terhadap video yang tular itu.

“Dekat mana..call polis,” kata netizen.

“Yang rakam ni call la polis…rakam je buat apa,” kata netizen lain.

Sumber : Kosmo

Baca juga artikel ini :

Suami Tergamak Pukul Muka, Tendang Perut Isteri Sebab Tak Siapkan Kertas Kerja | Seorang pereka aplikasi atas talian tergamak memukul muka dan menendang perut isterinya hanya kerana mangsa gagal menyiapkan kertas kerja diminta.

Suami Tergamak Pukul Muka, Tendang Perut Isteri Sebab Tak Siapkan Kertas Kerja

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 28 tahun memaklumkan berlaku perselisihan faham antara dia dan suami di sebuah rumah di Taman Sentosa di sini, Sabtu lalu.

Menurutnya, mangsa mendakwa dipukul di bahagian muka selain perutnya ditendang mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan suspek lelaki warga tempatan berusia 27 tahun di Taman Sentosa di sini, , sekitar jam 10.50 malam, Sabtu lalu.

“Difahamkan, punca kejadian disebabkan isteri suspek gagal menyiapkan kertas kerja diminta,” katanya tadi.

Mengulas lanjut, Hoong Fong memaklumkan suspek turut mengeluarkan kata ugutan yang mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

“Hasil siasatan juga mendapati perbuatan ganas itu sudah banyak kali berlaku namun pengadu tidak membuat laporan polis.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau serta dadah,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply