Lelaki Disangka M@ti ‘Hidup’ Semula | Seorang lelaki yang disangka sudah meninggal dunia, dikejarkan ke hospital selepas didapati masih bernafas ketika berada di dalam keranda.

Menurut laporan Kompas, lelaki dikenali sebagai Us yang menetap di daerah Bogor, Jawa Barat ketika ini sedang dirawat di Hospital Besar Wilayah (RSUD) Kota Bogor untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Ilham Chaidir, pengarah utama hospital telah memaklumkan bahawa Us hanya mengalami gangguan kesedaran.

Beliau juga menyatakan bahawa pesakit ini datang dalam keadaan tidak sedarkan diri, kemudian dirawat, tiada masalah dan boleh berpindah ke bilik.

Sementara itu, abang kepada Us, Saputra menjelaskan, kejadian terjadi pada hari Jumaat lalu apabila adiknya diisytihar meninggal dunia selepas melakukan aktiviti di Semarang.

Saputra menyatakan bahawa adiknya meninggal di Semarang ketika ada aktiviti di sana. Seseorang memberitahu dia jatuh sakit dan dibawa ke hospital di Jakarta dan di Hospital Jakarta dia dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, keluarga Us terkejut dengan situasi kerana melihat tiada tanda memperlihatkan Us masih hidup ketika keranda tiba di kediaman.

Sumber: Astro Awani

 

Artikel Lain

Seorang Kanak-Kanak Hidup Semula Semasa Hari Pengebumiannya.

Seorang Kanak-Kanak Hidup Semula Semasa Hari Pengebumiannya. | Mexico City: Mati hidup semula dan mati sekali lagi. Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun yang dirawat di Hospital Komuniti Salinas de Hildalgo di negeri San Luis Potosi, di tengah Mexico.

Portal The Mirror melaporkan Camila Roxana Martinez Mendoza sudah diisytiharkan meninggal dunia selama 12 jam pada hari Rabu, 17 Ogos, akibat penyakit berkaitan perut, sebelum dia sedarkan diri semasa hari pengebumian.

Dia dibawa kembali ke hospital yang sama di mana dia kemudian meninggal dunia untuk kali kedua.

Ibu Camila, Mary Jane Mendoza berkata, anaknya dibawa ke hospital dari kampung halaman keluarga itu di Villa de Ramos, yang terletak di barat laut San Luis Potosi oleh pakar pediatrik kerana kanak-kanak berkenaan mengalami muntah-muntah, sakit perut serta demam.

“Camila pada mulanya dirawat kerana dehidrasi dan diberi parasetamol. Beberapa jam kemudian, kami menyedari keadaannya semakin teruk lalu dia dibawa ke hospital.

“Mereka menyambungkannya dengan titisan intravena dan mengambil masa kerana mereka tidak dapat mencari uratnya, akhirnya seorang jururawat berjaya. Camila juga mendapat bantuan oksigen.

“Dia mendapat rawatan antara jam 9 malam dan 10 malam sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Mary kemudian menjelaskan bahawa dia dipisahkan daripada mayat anak perempuannya.

Keesokan harinya, semasa pengebumian anak perempuannya, ibu mentua Mary menyedari mata Camila bergerak-gerak.

Ahli keluarga melakukan pemeriksaan nadi terhadap Camila sebelum kanak-kanak itu disahkan masih hidup.

Camila kemudian dibawa semula ke hospital di mana kanak-kanak itu kemudian dia disahkan meninggal dunia buat kali kedua.

Menurut Peguam Negara, Jose Luis Ruiz, kes itu sedang disiasat.

Sumber : HM

 

Lelaki Disahkan Meninggal Hidup Semula Selepas Disimpan 7 Jam Dalam Peti Sejuk Bilik Mayat

Lelaki Disahkan Meninggal Hidup Semula Selepas Disimpan 7 Jam Dalam Peti Sejuk Bilik Mayat | Mati hidup semula. Begitulah yang boleh digambarkan mengenai kisah seorang lelaki yang dilaporkan telah kembali hidup selepas diisytiharkan meninggal dunia oleh doktor, lapor India Times, baru-baru ini.

Lelaki Disahkan Meninggal Hidup Semula Selepas Disimpan 7 Jam Dalam Peti Sejuk Bilik Mayat

Jasad lelaki yang berusia 40 tahun tersebut dikatakan ‘hidup semula’ selepas 7 jam disimpan dalam peti sejuk jenazah selepas disahkan meninggal akibat dilanggar oleh sebuah motosikal yang dipandu dengan laju.

Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital daerah namun belum sempat mendapatkan rawatan, dia telah disahkan meninggal dunia akibat cedera parah.

Setelah itu, acara pengebumian tela dijalankan oleh pihak hospital sebelum mereka dilaporkan memasukkan jasadnya ke dalam peti sejuk di bilik mayat untuk dibedah siasat.

Namun setelah tujuh jam kemudian, dikhabarkan kakak iparnya dikatakan tersedar bahawa  dia menunjukkan tanda-tanda pergerakan selepas mereka telah menandatangani dokumen ‘panchnama‘ sebagai tanda persetujuan untuk menjalankan bedah siasat.

Menurut laporan India Times, ahli keluarganya terus mengerumuni jasad tersebut dan memanggil doktor petugas dan pihak polis.

Selepas lelaki tersebut dikeluarkan dari peti sejuk, tubuhnya telah dipindahkan ke pusat kesihatan daerah Meerut dan keadaannya semakin pulih.

Kata ahli keluarganya, dia masih lagi tidak menyedarkan diri dan difahamkan doktor juga telah memberi jaminan bahawa dia telah berada pada fasa luar bahaya.

Sumber: India Times

Share.

Leave A Reply