Lelaki Ditahan Polis Sebab Persenda Pegawai Kerajaan Lepas Tiru Gaya ‘Salt Bae’ |¬†Seorang penjual mi di Vietnam dipanggil polis akibat menyamar sebagai seorang chef selebriti Salt Bae yang mempunyai restoran menyediakan hidangan stik kepada pelanggan.

Lelaki Ditahan Polis Sebab Persenda Pegawai Kerajaan Lepas Tiru Gaya 'Salt Bae'

Sebelum ini viral di media sosial negara itu video memaparkan pegawai terkemuka Vietnam menikmati hidangan stik bersalut kepingan daun emas di salah satu cawangan restoran chef selebriti tersebut di London.

Penjual mi tersebut yang dikenali sebagai Peter Lam Bui, bekas aktivis telah memuat naik sebuah video di Facebook di mana jelas kelihatan dia menabur daun herba ke dalam semangkuk mi yang berisi daging sama seperti gaya Chef Turki, Nusret Gokce itu.

Beberapa hari kemudian Bui didatangi pihak polis ke rumahnya dan disaman. Namun, ketika Bui disoal siasat oleh pegawai polis tersebut kedengaran seperti dia bertanyakan soalan tetapi pegawai itu enggan menjawab.

Tambahnya lagi, dia tidak berhasrat untuk membuang video tersebut daripada Facebook kerana beranggapan tiada yang salah berhubung video itu.

Ianya menjadi isu selepas seorang pegawai keselamatan awam, To Lam dirakam sedang menjamu selera di sebuah restoran Knightsbridge pada bulan lalu.

Walaupun tiada harga yang disenaraikan di laman web restoran Nusr-Et Steakhouse itu, stik yang disajikan bersalut kepingan emas itu dianggarkan berharga AS$1,00(RM4,180). Lebih mengejutkan jumlah itu tidak termasuk minuman, lauk mahupun caj perhidmatan 15%.

Disebabkan harga stik itu yang begitu mahal sekali gus menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Vietnam kerana negara tersebut sedang bergelut dengan masalah kewangan dan juga gelombang Covid-19 yang dasyat.

Sumber : Oh Bulan 

Share.

Leave A Reply