Lelaki Lepaskan Jerung Kembali Ke Laut, Harap Akan Kenang Budi | Seorang peluncur ‘berjiwa besar’ dikatakan telah membawa ‘pulang’ seekor jerung yang terdampar di pantai kembali ke laut dalam kejadian di Eastern View, Victoria di Australia.
Menurut laporan, Paul Myles, 55 tahun, dia menjumpai jerung tersebut dalam keadaan yang belum matang (masih kecil) serta berpotensi dalam keadaan bahaya di pantai berkenaan.
Ekoran itu, Paul cuba untuk menolak jerung tersebut kembali ke laut dengan menggunakan hujung papan peluncurnya.
Namun, apabila melihat tindakan itu tidak berhasil, Paul membuat keputusan untuk mengangkatnya sendiri dan masuk ke dalam air.
Paul berkata dia hanya fikir dia akan memberikannya peluang (untuk hidup) tetapi dia tidak pasti sama ada jerung itu sakit atau apa.
Paul bertambah lagi, dia fikir akan melepaskannya ke dalam air yang sedikit jauh (dalam) untuk memastikan ia berenang jauh ke dalam laut, namun perkara tersebut bukanlah satu keputusan yang baik.
Sementara itu, Paul menyifatkan jerung tersebut mempunyai hidung yang mancung berwarna biru dan ia pasti Jerung Biru yang boleh hidup sehingga mencecah 20 tahun serta boleh mencapai panjang 10 kaki.
Dalam masa sama, Paul memaklumkan kepada Perbadanan Penyiaran Australia bahawa keputusan yang dibuatnya itu (menyelamatkan jerung terdampar) adalah betul.
Tambah Paul, dia tidak pernah melihat ikan tersebut dalam posisi yang dekat seperti itu.
Sebelum ini dia mendakwa pernah melihat jerung sekitar 20 tahun lalu namun ketika itu hanya dilihat dari jarak jauh sahaja.
Disebabkan terkenal dengan sifat menyerang, Paul mengharapkan jerung berkenaan yang diselamatkannya agar ‘mengenang budi’.
Menurut data Surf Life Saving New South Wales, jumlah jerung yang dikesan di luar pantai yang dilindungi oleh jaring ikan yu melonjak daripada enam (6) ekor pada 2017-2018 kepada 104 pada 2021-2022.
Dalam pada itu, insiden serangan terakhir jerung direkodkan di Australia adalah pada November 2021, apabila seorang mangsa berusia 57 tahun diseret ke bawah air oleh dua ekor jerung semasa berenang.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
(Video) Diserang Jerung Ketika Meluncur, Tindakan Lelaki Ini Berjaya Selamatkan Nyawa
(Video) Diserang Jerung Ketika Meluncur, Tindakan Lelaki Ini Berjaya Selamatkan Nyawa | Detik cemas dua lelaki ketika bermain papan luncur apabila mereka nyaris dibaham oleh jerung, namun tindakan dilakukan lelaki ini berjaya menyelamatkan nyawa mereka. Ada video..
Victoria: Seorang lelaki nyaris dibaham jerung yang tiba-tiba muncul dari arah belakang ketika bermain papan luncur di Pantai Bells dekat Torquay, di sini.
Mirror UK melaporkan Dylan Nacass yang juga pengembara beg galas dari Perancis itu bagaimanapun terselamat selepas menendang muka haiwan berkenaan dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri.
Namun, Nacass mengalami kecederaan kecil di betis dan lututnya kesan cengkaman jerung berkenaan.
Keberanian pemuda berusia 23 tahun itu mendapat perhatian selepas rakaman videonya tular di laman sosial sejak petang kelmarin.
Rakaman video menunjukkan Nacass dan seorang lagi peluncur berenang beriringan untuk menyelamatkan diri mereka.
Nacass memberitahu Geelong Advertiser yang dia tidak akan serik bermain papan luncur di kawasan berkenaan biarpun berdepan situasi mencemaskan itu.
“Saya bertarung dengannya dan bernasib baik kerana selamat serta masih bernyawa. Semuanya dalam keadaan baik.
“Selepas kaki saya sembuh nanti iaitu dalam tempoh seminggu lagi, saya akan kembali meluncur di kawasan sama,” katanya.
Peluncur tempatan, Matthew Sedunary yang kebetulan berada di situ bertindak membantu selepas terdengar jeritan Nacass. “Mulanya saya sangkakan dia (Nacass) ketawa dengan rakannya sebelum melihat ekor haiwan berkenaan,” katanya. – Agensi
Sumber : MyMetro