Lelaki Maut Dlm Kemalangan Motosikal Rempuh Belakang Pacuan Empat Roda | KOTA KINABALU – Ekoran merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda, seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian di Jalan Lintas dekat Puspakom hari ini.
Dalam kejadian pukul 5.46 pagi itu, mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 25 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Terkejut mangsa rempuh dari belakang
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati ketika kemalangan, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu lelaki berusia 64 tahun dari Iramanis menuju ke Kota Marudu.
“Bagaimanapun, sejurus tiba di lampu isyarat Puspakom, Jalan Lintas, kenderaan terbabit berhenti di lorong tengah disebabkan lampu isyarat pada masa itu warna merah.
“Namun secara tiba-tiba datang sebuah motosikal Yamaha Y16Z6 ditunggang mangsa merempuh belakang kenderaan Mitsubishi Triton dari arah belakang menyebabkan mangsa bersama motosikalnya tercampak di atas jalan,” katanya ketika dihubungi.
Mohd. Zaidi berkata, penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Mangsa pandu dengan laju
“Hasil semakan lanjut melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada berdekatan lampu isyarat menunjukkan motosikal disyaki ditunggang dengan melulu dengan kelajuan yang tinggi pada masa kejadian hingga melanggar belakang kenderaan. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat,” katanya.
Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Lelaki Cuba Lari Dari Perintah Sekatan Buang Daerah Gagal Slps Maut Dlm Kemalangan | KEMAMAN – Seorang lelaki yang sedang menjalani perintah sekatan buang daerah (PCO) di Klang, Selangor mahu melarikan diri ke Setiu maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 322.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran susur keluar Kerteh di sini hari ini.

Cedera parah bahagian tangan dan muka
Dalam kemalangan pada pukul 7.45 pagi, lelaki berusia 31 tahun tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian tangan dan muka.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang diburu polis akibat cuba melarikan diri daripada PCO di Klang.
“Sewaktu kejadian, dia yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai sedang dalam perjalanan ke Setiu untuk bersembunyi. Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangnya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, hari ini.
Hanyan berkata, impak rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia.
Jumpa peralatan hisap dadah
Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemukan peralatan menghisap dadah dipercayai milik lelaki tersebut.
“Semakan mendapati dia memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah, curi dan dadah,” katanya.
Sumber: Kosmo
Ibu Bapa M4ut Dlm Kemalangan, Budak 8 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata | KEMAMAN – Seorang budak lelaki berusia lapan tahun menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa dan adik perempuannya maut dalam kemalangan di Kilometer 267.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing di sini kelmarin.
Muhamad Uwais Wafiuddin Mohd. Riduan, 8, kehilangan ibu bapanya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, dan Mohd. Riduan Mohd. Yaacob, 35, yang maut di lokasi kejadian pada pukul 4 petang.
Adik bongsunya, Raudhatul Khayra, 3, pula meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang, pada pukul 9.30 pagi semalam.
Kemalangan itu berlaku selepas kereta Proton Saga dipandu Mohd. Riduan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas merempuh penghadang kiri jalan di lokasi kejadian.
Impak pelanggaran itu menyebabkan kereta dinaiki mereka terseret sejauh kira-kira 33 meter sebelum melanggar pembahagi lebuh raya lalu terbalik.
Kehilangan anak dalam sekelip mata
Ibu kepada Zahidah Hanisah yang mahu dikenali sebagai Cikgu Jah, 60-an berkata, dia tidak sangka kehilangan tiga insan tersayang sekali gus sekelip mata.
“Hati saya lebih luluh mengenangkan nasib Muhamad Uwais Wafiuddin yang masih kecil tanpa ibu, ayah dan adik bongsu.
“Insya-Allah, saya akan jaga amanah membesarkan cucu lelaki saya ini selagi hayat dikandung badan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Cikgu Jah berkata, dia sememangnya menjaga Muhammad Uwais Wafiuddin sewaktu ibu bapanya keluar bekerja sebelum ini.
Dalam pada itu, dia memberitahu, sebelum kejadian, Zahidah Hanisah dan anak-anaknya menemani Mohd. Riduan untuk mendapatkan rawatan kaki di sebuah pusat perubatan di Kuantan.
Sempat tunaikan permintaan terakhir ibu
“Dua hari sebelum kemalangan, arwah Zahidah Hanisah sempat menunaikan permintaan saya untuk menikmati sate.
“Dia memang jenis anak yang tidak pernah menghampakan permintaan ibu. Tidak sangka sate itu juadah terakhir yang kami nikmati bersama,” katanya.
Cikgu Jah berkata, jenazah tiga beranak tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sekati, Kuala Terengganu pada pukul 5 petang semalam.
Sumber: Kosmo