Seorang Lelaki Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Tingkat 22 | SERDANG – Seorang lelaki tempatan meninggal dunia akibat cedera parah setelah terjatuh dari tingkat 22 sebuah apartment, Taman Putra Permai, di sini, hari ini.
Dipercayai Tinggal Seorang Diri
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 12.34 tengah hari.
Menurutnya, seramai lapan kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikerahkan untuk ke tempat kejadian.
“Kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai terjatuh dari tingkat 22 apartmen.
“Mangsa juga dipercayai tinggal seorang diri ketika kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia berikutan kecederaan parah yang dialami sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Lelaki Meninggal Dunia Slps Terjatuh Dari Tingkat 4.
Lelaki Maut Terjatuh Slps Bergayut Pd Penghadang Tingkat 4 Di Pusat Beli Belah | SERDANG – Seorang lelaki maut setelah terjatuh dari tingkat empat sebuah pusat membeli-belah di Puchong Jaya, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.09 pagi tadi, mangsa berusia 26 tahun mengalami patah tulang rusuk hadapan dan patah tulang belakang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 petang.
Mangsa panjat besi penghadang
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, menerusi semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), mangsa melihat keadaan sekitar terlebih dahulu dan kemudian terus melangkah melalui besi penghadang.
“Mangsa kemudiannya bergayut cara duduk dan terus terjatuh ke bawah. Doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada pukul 1.15 petang.
Patah tulang rusuk
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa patah tulang rusuk di bahagian hadapan dan patah tulang belakang dipercayai kerana jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.