Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan dalam satu kejadian seorang lelaki dipercayai warga asing ditangkap ketika cuba memecah masuk sebuah rumah baru-baru ini.

Suspek Terjatuh Dari Siling

Menerusi video yang dimuat naik di halaman Facebook 吴明 memaparkan suspek berjaya ditangkap selepas dia terjatuh dari siling tandas rumah tersebut.

Difahamkan, video kejadian yang dipercayai berlaku pada Sabtu lalu itu dirakam oleh pemilik rumah tersebut.

Dalam video berdurasi 37 saat itu, kelihatan suspek terbaring di satu sudut lantai dan diikat tangannya.

Difahamkan, suspek ditangkap oleh pemilik rumah tersebut dan videonya dirakam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Namun begitu tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Dalam video tersebut, kedengaran suara perakam sempat menasihati suspek.

“Kau pecah rumah orang, kau jatuh dan kau sendiri yang kesakitan.

“Kau tengok macam mana kau boleh jatuh? Kau ada kaki, ada tangan pergi kerja. Kenapa tak nak kerja dan mencuri?

“Mencuri selepas itu menyusahkan orang,” katanya.

Video yang dimuat naik itu juga meraih perhatian warga maya kerana tindakan pemilik rumah tersebut yang masih bersikap ‘lembut’ terhadap suspek.

Komen-Komen Netizen

“Rohingya kalau kantoi mencuri, dia punya drama memang kalah Yusof Haslam. Nasib bos baik tak pukul terus hantar ke balai,” kata Mohd Halim Ismail.

Seorang lagi pengguna Facebook,Wan Cobain memuji tindakan pemilik rumah tersebut yang tidak memukul suspek.

“Terbaik, santai sahaja dan tak ambil undang-undang sendiri. Ikat dan terus serah kepada pihak polis. Bagi dia merasa duduk dalam penjara,” katanya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

Sumber : MO

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Tauke Kedai Kopi Terkenal Halang Anggota Penguatkuasa Periksa Kebersihan

Tauke Kedai Kopi Terkenal Halang Anggota Penguatkuasa Periksa Kebersihan | KEMAMAN – Seorang pengusaha minuman kopi terkenal daerah ini bersama dua pekerja ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan melakukan pemeriksaan kebersihan di premis mereka semalam.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun ditahan pada 10 malam kira-kira lima jam selepas kekecohan itu berakhir.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum itu, sekumpulan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Daerah Kemaman dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah menyerbu premis pemprosesan minuman kopi itu di Chukai di sini pada pukul 5 petang.

Berlaku kekecohan antara pekerja dan penguatkuasa

“Serbuan tersebut dilakukan selepas kedua-dua agensi penguat kuasa mendapat aduan awam tentang tahap kebersihan premis tersebut. Begitupun kekecohan didakwa berlaku selepas pemilik premis dan dua pekerja dikatakan enggan memberi kerjasama,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, ketiga-tiga individu yang ditahan itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasaan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 akta sama.

Sumber: Kosmo

 

 

BACA  JUGA :

Tular VIDEO Wanita Kutip Kad Bank Tercicir Beli Sabun

Tular VIDEO Wanita Kutip Kad Bank Tercicir Beli Sabun | SEORANG wanita ‘kantoi’ didakwa menggunakan kad bank milik seorang lelaki dipercayai tertinggal kad berkenaan di sebuah pasar raya di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan seorang lelaki dipercayai pemilik kad berkenaan berjumpa dengan wanita tersebut untuk meminta semula kadnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Tidak mengaku kesalahan

Difahamkan, video tersebut juga dirakam oleh kakak kepada pemilik kad tersebut, selain turut mendakwa wanita berkenaan cuba melarikan diri ketika ditanya mengenai kad tersebut.

Wanita itu pada mulanya tidak mengaku menggunakan kad itu untuk membeli barang dan menjelaskan ingin memulangkannya kepada pekerja pasar raya yang bertugas.

“Saya memang ambil kerana saya jumpa dan saya berniat untuk memulangkan kad tersebut,” katanya dan turut menafikan menggunakan kad tersebut.

Pemilik kad berkenaan turut mempertikaikan tindakan wanita tersebut yang menggunakan kadnya untuk membuat pembayaran ketika membeli barang.

Namun menerusi satu lagi video yang dirakam melalui kamera rakaman tertutup (CCTV) pasar raya menceritakan situasi yang sebaliknya apabila suspek dipercayai menggunakan kad bank lelaki tersebut.

2 kali transaksi

Menurut pemilik video berkenaan lagi, wanita tersebut melakukan dua transaksi pembayaran menggunakan kad tersebut.

“Pada mulanya, dia sudah beli sabun gunakan kad itu sebelum masuk sekali lagi ke pasar raya tersebut untuk membeli barangan lain,” katanya.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan daripada pihak polis berkenaan insiden tersebut.

Sumber: Majoriti

Share.

Leave A Reply