Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis memperdaya peniaga untuk membeli beberapa helai jersi mengundang padah selepas diburu pihak berkuasa di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu.
Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam premis terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan polis pada Isnin berhubung kejadian tersebut.
“Kejadian berlaku pada Sabtu pukul 8.30 malam, telah datang seorang lelaki telah datang memakai T-Shirt berwarna maroon, berseluar jeans dan memakai vest polis.
“Lelaki tersebut datang berseorangan dengan menaiki kereta jenis Perodua Axia dan tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tambah Rosdi, suspek memperdaya seorang peniaga dengan membeli dua helai jersi dan tidak membuat sebarang pembayaran.
“Suspek melakukan pembelian dua helai jersi dan seluar sukan yang berjumlah RM69 tetapi tidak membuat sebarang pembayaran sebelum melarikan diri.
“Polis kini sedang memburu suspek bagi membolehkan siasatan dapat dilakukan,” jelasnya.
Polis memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Lelaki Gila Menyamar Jadi Doktor Nak Dapatkan Gambar Kemaluan Wanita
Seorang lelaki gila sanggup menyamar sebagai pakar sakit puan demi mendapat 35 gambar kemaluan wanita.
Ooi Chuen Wei, 37, yang menyamar sebagai doktor wanita di sebuah hospital swasta di negara ini, kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 40 bulan pada Rabu.
Warga Malaysia itu mengaku bersalah atas enam pertuduhan penyamaran yang dikenakan ke atasnya, manakala 15 lagi masih dipertimbangkan.
Dalam prosiding di mahkamah, Ooi dikatakan membuka akaun Facebook (FB) pada akhir 2016 dengan menggunakan nama Dr Janice Lee Yan Hooi.
Di samping itu, tertuduh mendakwa sebagai doktor wanita yang bertugas di Pusat Perubatan Gleneagles Singapura. selain menggunakan wajah profil seorang wanita.
Hal ini dikatakan demikian kerana bagi memastikan akaun FB kelihatan tulen, Ooi turut menambah rakan FB lelaki dan perempuan selain mendaftar profil Instagram dan LinkedIn menggunakan nama sama.
Selepas mengenal pasti wanita untuk dijadikan mangsa, dia kemudian akan menghantar mesej memperkenalkan dirinya sebagai Dr Lee.
Dia kemudian menawarkan untuk berkongsi pelan perubatan untuk kesihatan payudara dan seksual dengan yuran konsultasi bulanan.
Selain itu, tertuduh juga mendakwa pelan perubatan itu sudah mendapat kelulusan daripada Pusat Perubatan Gleneagles.
Lelaki itu kemudian akan menghantar prosedur arahan kepada mangsa untuk mengurut payudara dan alat kelamin. Tertuduh juga meminta mangsa menghantar video prosedur itu kepadanya.
Video itu dikatakan penting untuk tertuduh meneliti dengan lebih lanjut, jika ada sebarang isu kesihatan dalam kalangan ‘pesakitnya’.
Susulan itu, video itu turut membantunya menawarkan pelan perubatan yang sesuai dengan keadaan kesihatan pesakit.
Timbalan Pendakwa Raya, R Arvindren berkata, tertuduh akan memuat turun dan menyimpan video dan gambar itu selepas dia menerimanya.
Arvindren berkata bahawa Ooi akan mengelak daripada bercakap dengan mangsa supaya tembelangnya pecah.
Dalam tempoh 2018 hingga 2021, 35 mangsa sudah menghantar 919 gambar dan video kepada Ooi.
Cubaan lelaki itu untuk menipu tujuh lagi mangsa tetapi tidak berjaya.
Sumber: KMN