Lelaki Munafiq Dari Neraka | Lelaki ini bijak menyusun dan menggunakan ayat manis untuk memikat hati wanita yang ‘desperate’ mencari cinta. Cinta yang bagaimana? Cinta yang tidak memandang paras rupa mahupun bentuk badan.
Dengan ayat yang dicipta, pelbagai cerita dan kisah yang sedih dalam
kehidupannya, membuatkan ramai wanita ingin mengenalinya dan berasa
simpati terhadapnya.
Walau lelaki ini mencanang kisah aibnya di awal perkenalan. Dicanangkan
bagai membuka pekung di dada apabila setiap di awal perkenalannya,
lelaki munafiq ini memberitahu para wanita yang dia sudah tidak ada TERUNA.
Apa maksud tiada TERUNA?
Ibarat seperti tidak ada dara buat wanita. Itulah yang dicanang oleh
lelaki munafiq itu untuk memulakan taktik perkenalannya kepada wanita
yang mencari cinta. Kalau wanita itu terpedaya, maka wanita itu sanggup
terima seadanya perbuatan lelaki munafiq ini.
Lelaki munafiq ini mencari mangsa di setiap sudut. Tidak kiralah di
halaman portal mencari jodoh di mana- mana sekalipun. Sama ada di Portal
Cari Jodoh, FB Dating, Omi, atau BaitulJannah sekalipun itulah modus
operandi lelaki munafiq ini untuk mempermainkan wanita satu persatu.
Wahai wanita di luar sana, berhati-hati dengan sifat lelaki munafiq
sebegini.
Ingin aku abadikan kisah ini di ruangan confession yang mana ramai orang
pasti akan membaca. Manalah tahu ANDA adalah wanita yang dianiaya dan
dizalimi oleh lelaki munafiq ini?
Aku tidak tahu mahu mulakan kisah ini macam mana. Sebab kisah ini
terlalu panjang apabila aku sendiri mencari mangsa wanita yang pernah
dipermainkan dan dianiaya lelaki munafiq ini.
Kenapa aku gelarkan lelaki ini lelaki MUNAFIQ?
Di sebalik perkataan munafiq itu, ada terselit nama lelaki itu. Sebab
itu aku gelarkan lelaki ini lelaki munafiq!
Mangsa yang aku jumpa tanpa sengaja. Allah hadirkan ilham untuk menjadi
‘stalker’ terhebat. Allah munculkan nama wanita ini sahaja di hadapan
aku untuk diselamatkan. Lelaki munafiq ini mungkin tidak tahu aku ini
wanita berpelajaran.
Walau pada mulanya, aku juga hampir tumpas dengan ayat-ayat manis yang
ditabur oleh lelaki munafiq ini. Tapi, berkat amalan harian yang aku
lakukan, Allah selamatkan aku dari genggaman lelaki munafiq ini.
Tujuan aku menulis confession ini adalah untuk memberitahu kepada
sesiapa yang mempunyai kisah yang sama sebegini, lebih baik kalian tarik
diri sebelum menyerahkan diri ke lembah maksiat yang dicipta oleh lelaki
munafiq ini.
Aku tidak mampu untuk mesej seorang demi seorang untuk menyelamatkan
kalian, aku hanya mampu berdoa semoga kalian diberikan petunjuk bahawa
lelaki munafiq ini sedang bermain emosi dan perasaan anda untuk dibuai
rasa cinta dan sayang yang palsu!
Lelaki munafiq ini mencari mangsa yang berbadan ‘chubby’. Katanya dia
lebih suka wanita ‘chubby’, nanti senang nak jadi ‘bantal peluk’.
Kata-katanya kalau tidak perasan, memang akan ada banyak ‘double-meaning’.
Kata-kata itulah ‘trick’ lelaki munafiq ini gunakan untuk tarik jiwa dan
hati di kalangan wanita berbadan besar atau berisi ini perasan yang dia
sudah ditawan oleh lelaki!
Wahai wanita, maruah wanita adalah sangat perlu dijaga!
Tapi, tidak semua awal perkenalan lelaki munafiq ini akan mulakan dengan
kata-kata yang si dia tiada teruna, tapi akan ada trick yang mana dia
akan sembunyikan sifat munafiq dia itu dengan menunjukkan dia adalah
lelaki suci dan baik.
Kalau ikut kira iras wajahnya untuk pandangan kali pertama, tampak baik,
sopan, ada rupa kata orang yang baru mengenali, nampak bertanggungjawab,
namun hakikatnya lelaki munafiq ini adalah manusia bertopengkan Dajjal.
Bukan syaitan lagi dah, tapi tahap perbuatannya ini kalah Dajjal! Kata
lelaki munafiq ini dia ada MIX chinese dan melayu. Tapi hakikatnya, tipu
belaka.
Ingin aku tekankan sekali lagi, ini adalah kisah benar, bukan drama di
kaca televisyen mahupun drama budak-budak Twitter. Ibarat trick lelaki
munafiq ini adalah “LOVE SCAM”. Ya, aku gelarkan dia adalah scammer cinta!
Lelaki munafiq ini ada sifatnya tersendiri. Berdasarkan hasil kajian aku
menyelamatkan wanita yang teraniaya ini, lelaki munafiq ini akan gunakan
taktik manjanya, iaitu selalu merajuk!
Setiap kali merajuk, lelaki munafiq ini akan Block media sosial wanita
yang sedang hangat bercinta dengan lelaki munafiq ini. Tak kiralah di
WhatsApp, Telegram, Instagram mahupun Facebook!
Sebab apa? Sebab lelaki munafiq ini takut terkantoi. Dalam masa yang
sama si dia pasang wanita lain dan bermain cinta dengan wanita lain.
Aku tak tahu ilmu apa si lelaki munafiq ini gunakan sehingga wanita yang
terkena ini buta untuk rasa mahupun lihat taktik yang digunakan ini
mempengaruhi jiwa dan menyebabkan wanita teraniaya ini mengikut sahaja
apa yang diinginkan oleh nafsu lelaki munafiq ini!
Setakat yang aku dapat selamatkan ada 2 orang. Yang mana, lelaki munafiq
ini telah memperkenalkan mereka berdua kepada ibu dan keluarganya
tentang kehadiran mereka. Modus operandi lelaki munafiq ini sangat licik!
Bagi wanita, apabila lelaki sudah mula memperkenalkan dirinya kepada
ibu, abah dan keluarganya, ibarat itu adalah hubungan yang serius!
Lelaki munafiq ini sebenarnya banyak mencipta cerita yang tidak benar
sehinggakan keluarga sendiri diaibkan dan disebarkan fitnah (cerita yang
palsu dan tidak betul untuk menagih simpati) kepada wanita-wanita yang
dia sedang game ni,
Sama ada ceritanya dia tak makan sebab ibu tak masak, adik-adik buat
masalah konon rasa serabutlah, katanya kerja banyak rasa stress la, dan
macam-macam cerita untuk menagih simpati wanita yang ‘desperate’.
Aku pada mulanya nak kata diri sendiri ‘desperate’ betul juga. Tapi,
jenis aku jenis suka siasat latar belakang sampai ke lubang cacing
sekalipun.
Pada mulanya, tak dapat juga nak baca taktik penipuan lelaki munafiq
ini. Tapi, bila tengok gaya penulisannya itu menggambarkan si dia ini
scammer.
Sebab dah banyak kali jugalah kenal lelaki yang pandai mengayat ini.
Semuanya tak boleh dipakai.
Jadi, wahai wanita di luar sana jangan mudah jatuh cinta, jangan mudah
cepat rasa simpati mahupun jangan mudah serah diri dan hati kepada
lelaki yang belum kau kenal latar belakang dan ahli keluarganya terlebih
dahulu.
Kelak kau merana wahai wanita yang disayangi.
Sebagai wanita, instinct (6 sense) kewanitaannya sangat tinggi. Biasanya
kita akan stalk lelaki yang baru dikenali dengan melihat media sosial
ahli keluarganya.
Wow! Baiknya keluarga dia! Ibu abah nampak macam ustaz ustazah. Baik
sangat! Sehinggakan perasaan wanita teraniaya ini merasa, wah keluarga
baik-baik ni, pasti dia boleh jadi imam yang terbaik.
SALAH!
Tak semua perkara yang boleh kita lihat hanya keluarganya. Sedangkan
pisang setandan akan ada satu dua yang busuk!
Lelaki munafiq ini sebenarnya seorang lelaki yang tidak
bertanggungjawab. Sebab apa? Sebab dirinya sendiri tidak terurus.
Dijaja cerita dia adalah eksekutif kewangan di agensi yang sangat
dikenali ramai. Kalau kau tidak bijak, kau akan percaya bulat-bulat.
Kononnya gaji beribu, kononnya selalu keluar bercuti, kononnya selalu
keluar outstation, kononnya ada rumah, ada tanah, ada kereta.
Walhal dan hakikatnya, lelaki munafiq ini adalah penganggur kehormat!
Yes, a Jobless! And a LOSER! Hidup 30 tahun, melingkar di bawah ketiak
ibu abah lagi, sedangkan adik-adik yang lain bekerja walaupun sebagai
cashier pasaraya.
Aku pada mulanya, tidak tahu pun lelaki munafiq ini Jobless, tapi bila
dipertemukan dengan mangsa lain baru tahu cerita sebenar.
Allah itu Maha Melihat. Dia tidak akan tinggalkan hambaNya yang rajin
solat malam dianiaya lelaki munafiq itu. Sebab itu, aku cepat tangkap
taktik lelaki munafiq itu sebelum terlambat.
Lelaki munafiq ini juga sebenarnya seorang kaki lepak malam bersama
kawan-kawannya yang mempunyai perangai yang sama. Dia juga seorang
gamers tegar dan perokok/ vape tegar.
Kawan-kawannya sangat ‘brotherhood’. Muka suci macam baik, tapi
hakikatnya cerita dalam kain laki bini dikongsi bersama.
Wanita, mencari lelaki perlu memilih yang betul. Salah buat pilihan,
hidup kita bukan sehari dua dengan insan bernama suami, tapi sampai
bila-bila.
Andai diri sendiri tak mampu tutup aib dan dicanangkan merata tempat,
inikan pula kisah suami isteri dikongsi bersama Kawan-kawan lepak.
Apakah perasaanmu wahai wanita?
Maruah bagai diinjak sewenang-wenangnya. Islam sendiri sangat
memartabatkan maruah seorang wanita seperti kisah Maryam, ibu kepada
Nabi Isa.
Muslim yang baik tidak mungkin bercerita soal aibnya kepada orang lain.
Melainkan dirinya terlalu tertekan, tapi pastikan orang yang mendengar
cerita itu, tutuplah aib itu. Sedangkan Allah tutup aib setiap
hamba-hambanya.
Untuk pengetahuan, kemungkinan ahli keluarganya belum tahu kisah
identiti si lelaki munafiq ini. Pasang banyak wanita untuk mengorek duit
wanita bekerjaya. Ibarat untuk support biawak hidup.
Jangan terpedaya taktik lelaki munafiq ini. Walaupun sedikit, demi
sedikit dia meminta wang sekalipun, jangan diberikan. Dia bukan
pengemis. Dia juga bukan orang susah. Dia adalah lelaki pemalas yang
terlalu memilih kerja.
Kisah ini terlalu panjang untuk dikarang. Tapi cukup sampai di sini
sahaja. Nak buat report, rasanya kalau ada screenshot yang berbaloi
untuk dijadikan bukti kena scammer cinta ni, boleh sahaja. Adakah di
kalangan pembaca tahu akta yang boleh disabitkan kepada lelaki munafiq ini?
Setakat ini hanya ada akta berkaitan hutang sahaja boleh disabitkan.
Tapi pihak polis sarankan untuk berbincang dengan keluarga lelaki
munafiq ini. Sebab kalau tak kena bawa kes ke mahkamah. Nak bawa kes ke
mahkamah pun perlu bayaran.
Jadi, sesiapa yang rasa teraniaya bolehlah cerita di komen juga ya.
Viral kan lagi bagus. Supaya tidak sesiapa lagi teraniaya sampai hilang
semuanya. Jujur aku katakan aku sedih lihat wanita sering dipermainkan
sehingga hilang maruahnya dan ditinggalkan bagai tiada apa yang berlaku.
Wahai lelaki munafiq, sekarang kau rasa bebas buat apa sahaja kau rasa
kau betul.
Kau rasa dipermainkan oleh wanita cinta pertama kau. Tapi kau berdendam
dengan wanita yang tak bersalah dalam masalah kau.
Sungguh kau mencabar kuasa Allah. Bila mana wanita-wanita yang kau
kenali adalah wanita yang baik-baik. Cuma mereka terlalu lurus dan tidak
bijak dengan cinta palsu yang direka oleh lelaki munafiq seperti kau.
Apabila dengar sendiri luahan mereka, mereka katakan selalu menasihatkan
supaya kau bertaubat. Tapi kau selalu beralasan. Mereka nasihatkan
supaya berubah dan mencari pekerjaan. Jangan menyusahkan ibu dan abah.
Kasihanilah mereka sekurang-kurangnya.
– Wanita Diperdaya (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions