Lelaki Pakai Gelang ‘Pink’ Ketika Di Stesen Minyak Dikenal Pasti | Seperti yang kita sedia maklum, negara kita masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 1 Jun yang lalu bahkan rakyat juga diminta untuk kekal berada di rumah sekiranya mereka tidak mempunyai keperluan yang penting untuk keluar rumah.

Bukan itu sahaja, individu yang memakai gelang kuarantin tidak dibenarkan sama sekali keluar dari rumah sehingga tempoh tamat.

Lelaki Pakai Gelang 'Pink' Ketika Di Stesen Minyak Dikenal Pasti

Bentong: Polis telah mengenal pasti seorang lelaki yang memakai gelang berwarna merah jambu dirakam sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Batu 1, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, aksi lelaki berusia 25 tahun itu yang juga tidak memakai pelitup muka telah tular di media sosial kira-kira pada jam 2 petang pada Rabu (semalam).

Menurutnya, siasatan awal pihak polis mendapati lelaki yang juga warga tempatan itu dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bentong.

Difahamkan, individu terbabit ke PKD tersebut untuk memotong gelang pengawasan merah jambu berkenaan.

“Namun kereta lelaki terbabit kehabisan minyak dan singgah di stesen minyak itu untuk mengisi minyak kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Jelasnya, laporan polis telah dibuat ke atas lelaki terbabit kerana tidak memakai pelitup muka berdasarkan gambar yang tular.

Tambahnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

 

Share.

Leave A Reply