Lelaki Pangkat Datuk Kahwini Wanita Muda Bikin Ramai Cemburu | Sebuah video menarik perhatian netizen di media sosial apabila memaparkan situasi perkahwinan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an dengan seorang perempuan muda yang cantik, lapor laman berita Suara.com.
Video yang dimuat naik pada akaun Instagram bernama @jakarta_zone itu dirakam di sebuah majlis perkahwinan.
Seorang lelaki yang berbaju batik dan bersongkok dilihat tersenyum lebar ketika duduk bersebelahan dengan isteri baharunya yang muda.
Biarpun kelihatan malu, wanita itu dilihat tersenyum ketika didakap suaminya.
Penduduk kampung dilihat berada di belakang pasangan itu ketika menghadiri majlis perkahwinan mereka.
Rakaman itu bukan sahaja tular, malah mendapat pelbagai komen netizen.
“Saya tunggu anda menjadi janda,”tulis seorang netizen.
“Saya yang tidak ada pasangan ini pula kesepian,’’ komen netizen lain.
Sumber : Kosmo