Lelaki Potong Kaki Sendiri, Baring Di Laluan Keretapi. Ini Sebabnya. | Seorang lelaki sengaja memotong kakinya sendiri telah dijatuhi hukuman penjara dan denda yang berat.
Mahkamah telah memutuskan defendan yang dinamakan hanya sebagai Sandor Cs., mengikut undang-undang privasi tempatan yang ketat, sengaja baring di hadapan keretapi supaya dia boleh mendapatkan wang tunai bayaran insurans £2.4 juta (RM13.5 juta) pada 2014.
Insiden mengejutkan itu bermakna kedua-dua kakinya dipotong dari lutut ke bawah dan dia menggunakan anggota palsu dan kekal menggunakan kerusi roda sejak itu.
Penduduk kampung Nyircsaszari, Hungary berusia 54 tahun itu didakwa menaiki landasan supaya keretapi melanggar kedua-dua kakinya
Mahkamah Daerah Pusat membuat keputusan pada 9 November – tujuh tahun selepas Cs. kehilangan kakinya.
Kecurigaan mula timbul apabila pihak berkuasa diberitahu Cs. telah mengambil 14 polisi insurans hayat berisiko tinggi pada tahun sebelum dan sehingga kejadian itu.
Cs. mendakwa bahawa dia mengeluarkan polisi selepas menerima nasihat kewangan memberitahu pulangan adalah lebih baik pada polisi insurans daripada akaun simpanan.
Selepas kejadian itu isterinya memohon bayaran tetapi syarikat insurans enggan patuh kerana mereka mengesyaki dia telah menyebabkan kecederaan itu pada dirinya sendiri.
Cs. bagaimanapun menegaskan dia tidak bersalah dan terpijak serpihan kaca yang mengakibatkan dia hilang imbangan dan terjatuh di hadapan keretapi yang baru berlepas dari stesen, menurut laporan.
Siasatan menyimpulkan bahawa dia harus menerima hukuman penjara yang ditangguhkan selama dua tahun dan perintah membayar £4,725 dalam kos guaman.
Cs. memberitahu sebuah agensi suratkhabar Blikk: “Saya mendapati keputusan itu sangat pelik, sudah tentu ia bukan seperti yang saya harapkan, saya kecewa.
“Saya perlu melalui perkara ini hingga ke akhirnya, seperti yang ada, ini tidak betul, dan mahkamah mesti merasakan perkara yang sama.”
Ia belum disahkan sama ada Sandor akan dapat merayu keputusan itu.
Sebelum kejadian Cs. bekerja di sektor tenaga haba dan memasang dandang haba di dalam dan di luar negara.
Bagaimanapun kehilangan kaki menamatkan kerjayanya dan dia kini mendakwa kecederaan itu dan kes undang-undang telah memufliskannya.
Cs. berkata, dia kini sedang belajar undang-undang dan berharap suatu hari nanti dapat membantu mereka yang telah didera oleh syarikat besar.
Dia masih mempunyai beberapa tuntutan insurans belum selesai tetapi mereka tidak mungkin membayar berikutan keputusan mahkamah.
Sumber: Mirror