Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang dikenali di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, petang semalam.

Lelaki Rebah Lalu Meninggal Dunia Selepas Bergaduh

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintenden Hudri Mohd Arshad, berkata dalam kejadian yang diterima pihak polis pada jam 5.00 petang, mangsa berusia 47 tahun dikatakan rebah dan disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian berhampiran motosikal miliknya.

Menurutnya susulan kejadian itu pihak polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian telah menahan seorang suspek berusia lingkungan 40-an yang juga penduduk tempatan.

May be an image of 3 people and outdoors

“Berdasarkan siasatan awal, sewaktu kejadian pergaduhan itu, terdapat empat saksi yang juga penduduk setempat cuba meleraikan pergaduhan.

“Selepas dileraikan, mangsa dikatakan berjalan pergi ke motosikalnya namun rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis juga tidak menemukan sebarang senjata tumpul atau tajam dan punca kematian masih dalam siasatan,”katanya kepada media di lokasi.

May be an image of 2 people, dog and outdoors

Mayat mangsa akan di bawa ke Hospital Ipoh untuk proses bedah siasatan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tinjauan media mendapati Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Perak tiba dilokasi pada jam 8.55 malam tadi dan mayat mangsa difahamkan akan dibedah siasat pada jam 9.00 pagi ini.

May be an image of 5 people, people standing, outdoors and text that says 'KLINIK KESIHATAN PAT'

May be an image of 6 people and outdoors

May be an image of 6 people, people standing, outdoors and text that says 'HPQ'

May be an image of 11 people, people sitting, people standing, scooter, motorcycle and outdoors

May be an image of 10 people, people standing, people sitting, motorcycle and outdoors

May be an image of 11 people, motorcycle and outdoors

May be an image of 2 people, people standing, motorcycle, tree and road

May be an image of 3 people, tree and body of water

May be an image of 8 people, motorcycle and outdoors

Sumber : Buletin TV3

Share.

Leave A Reply