Seorang lelaki dilaporkan menangis kerana tidak sengaja membunuh isterinya apabila dia melanggar dan menggilisnyadengan jengkaut di tapak pembinaan kereta api di Ratchaburi, Thailand, lapor media Thai.
Memetik akhbar, lelaki yang berusia 45 tahun itu bekerja dalam satu pasukan dengan isterinya, 40 tahun, di sebuah tapak pembinaan kereta api berkembar itu.
Difahamkan, lelaki tersebut bertugas mengendalikan kenderaan itu, manakala wanita itu pula ditugaskan untuk memberi arahan.
Pegawai mengesyaki bahawa wanita itu berada di tempat dan waktu yang tidak sepatutnya semasa lelaki tersebut memandu ke arahnya.
Ketika kejadian, dia mengesyaki isterinya tidak berhati-hati hingga menyebabkan dia terjatuh dan digilis jengkaut yang dipandu suaminya.
Lelaki itu berkata, dia tidak sedar dengan apa yang telah dilakukannya. Dia menangis setelah mendapati bahawa isterinya mati akibat digilis.
Bagaimanapun, pihak polis kini sedang menahannya untuk disoal siasat sebelum melakukan prosiding undang-undang selanjutnya.
Sebelum ini, sebuah video tular memaparkan aksi seorang lelaki yang hampir maut tetapi berjaya selamatkan diri hanya beberapa saat selepas pemandu kereta api menarik brek kecemasan.
Menurut India Today, video itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Shivdi, Mumbai. Video itu pada awalnya memaparkan saat di mana lelaki berkenaan yang tiba-tiba baring di atas landasan.
Walau bagaimanapun, pemandu kereta api itu dikatakan berjaya berhenti tepat pada masanya dengan menarik brek kecemasan.
Dalam kes lain, satu video rakaman CCTV yang memaparkan detik-detik seorang wanita bersama dengan dua kanak-kanak hampir dilanggar kereta api telah tular di media sosial.
Motosikal yang dinaiki oleh ketiga-tiga mereka itu dilaporkan secara tiba-tiba mati di tengah-tengah landasan kereta api tersebut.
Sumber : SK