Lelaki Terus Mengaku Mandul Lepas Kekasih Dedah Hamil 6 Bulan | Tular di Twitter, seorang wanita menerusi ciapan mendedahkan sikap teman lelakinya yang sanggup mengatakan dirinya mandul kerana mahu lepas tangan selepas wanita itu disahkan mengandung.

Tangkap layar perbualan mereka menerusi WhatsApp yang dikongsikan oleh wanita berkenaan menunjukkan kekasihnya tersebut seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab terhadap keterlanjuran mereka.

Teman lelakinya memberitahu wanita itu bahawa dia telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati dirinya mandul.

Teman lelakinya menyatakan bahawa dia baru sahaja dapat panggilan daripada doktor dua hari lepas dan doktor memberitahu yang dia tak boleh ada anak.

Teman lelaki itu juga bertambah bahawa dia 100% pasti dia tak boleh buat anak.

Susulan itu, wanita terbabit kini menghadapi tekanan gara-gara teman lelakinya tidak mengaku anak tersebut adalah hasil perbuatan terlarang mereka kerana lelaki itu sudah ada kekasih lain.

Beritahu saya ini bukan satu jenaka, selepas enam bulan dan awak nak kata awak mandul? Tak masuk akal langsung.

Dalam pada itu, lelaki tersebut turut mempersoalkan tentang status anak yang dikandung oleh wanita berkenaan, sama ada anak itu benar-benar anaknya atau dia pernah melakukan hubungan intim bersama lelaki lain.

Betul ke itu anak saya atau anak lelaki lain? Saya nak tahu betul ke tak, awak kena jawab dengan jujur.

Menjengah semula ke laman sosial Twitter, OhBulan! mendapati ciapan wanita berkenaan telah dipadam kerana menurutnya ramai warganet yang tidak memahami mengapa dia mendedahkan perkara tersebut.

Terdahulu ruangan komen wanita itu dipenuhi dengan komen agar dia memadam ciapannya kerana mereka bimbang perkara ini boleh memberi kesan negatif kepada diri serta keluarganya.

Sumber: Oh Bulan

 

Artikel Lain

Wanita Mengandung Dirogol Ketika Pembedahan. RUPA-RUPANYA Ini Yang Berlaku…

Seorang pakar bius didakwa merogol seorang wanita mengandung ketika menjalani pembedahan caesarean di sebuah hospital di Brazil.

Wanita Mengandung Dirogol Ketika Pembedahan. RUPA-RUPANYA Ini Yang Berlaku...

Lapor Daily Mail, Giovanni Quintella Bezerra, dipercayai mungkin melakukan serangan sama terhadap dua lagi wanita pada hari berkenaan.

Bezerra, 32, ditahan atas tuduhan merogol selepas dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita setelah memberi ubat bius kepada mangsa di Hospital da Mulher di São João de Meriti, Rio de Janeiro.

Ketika kejadian, suami wanita berkenaan diminta keluar dari bilik tanpa sempat melihat bayi yang baharu dilahirkan.

Jelas laporan, suami mangsa hanya mengetahui kejadian menimpa isterinya selepas menonton berita mengenai tangkapan pakar bius itu di televisyen.

Pegawai penyiasat, Barbara Lomba berkata, dia belum pernah melihat kes sedemikian sepanjang perkhidmatannya.

Menurutnya, suspek menamatkan latihan perubatannya dalam bidang bius dua bulan lalu.

Pihak pengurusan hospital memasang kamera untuk memantau tindakan Bezerra berikutan bimbang mengenai jumlah ubat diberikan kepada para pesakitnya.

Namun, mereka terkejut setelah melihat rakaman dia membuat serangan seksual terhadap wanita itu ketika doktor lain melakukan pembedahan caesarean di belakang tirai.

Suspek dilaporkan melakukan serangan itu selama hampir 10 minit.

Sementara itu, Lomba berkata, beberapa kakitangan hospital mendakwa Bezerra melakukan dua lagi rawatan yang sama pada hari kejadian.

Justeru, polis sedang menyiasat sama ada dua wanita itu turut menjadi mangsa serangan.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply