Lelaki Tinggal Nota Bvnuh Diri Palsu, Lari Membawa Anak-anaknya | Seorang lelaki Thailand sangat membenci isterinya sehinggakan sanggup memalsukan kematian diri sendiri untuk lari daripada belenggu wanita itu, lapor portal berita Thaiger.
Pada mulanya, suami berusia 35 tahun bernama Bird dari bandar Udon Thani, timur laut Thailand itu meninggalkan nota bunuh diri kepada isterinya pada 13 Disember lalu.
Dalam nota tersebut, Bird berkata, dia tidak tahan dengan sikap isterinya dan menambah, dia membawa anak lelaki mereka bersamanya.
Pada malam Selasa lalu, seorang penduduk yang pergi bersenam di Taman Awam Nong Prachak menemui dua pasang selipar milik seorang dewasa dan seorang kanak-kanak dekat tasik di taman itu.
Dia turut menemui nota bunuh diri di bawah satu selipar tersebut dan melaporkan penemuannya kepada polis, manakala pasukan penyelamat dikerah untuk mencari mayat mereka. Namun, misi menyelamat gagal menemui mayat mangsa dan operasi mencari dihentikan.
Penguasa Udon Thani, Aree Sinsutha kemudian melaporkan kepada media bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada isteri lelaki hilang itu bahawa kisah bunuh diri dia dan anaknya sengaja direka-reka.
Wanita itu berkata, Bird kehilangan pekerjaannya dan bertengkar dengan dirinya. Wanita dikenali sebagai Nid itu menambah, Bird bertindak meninggalkannya untuk tinggal bersama kekasih baharu.
Menurut wanita itu, dia melihat kedua-dua mereka kelihatan sangat gembira ketika hidup bersama.
Polis cuba mencari Bird untuk mengesahkan kes tersebut tetapi tidak berjaya menemuinya.
Sumber: Kosmo
Artikel Lain
Isteri Lemah Lembut Bertukar Garang & Pemarah, Suami ‘Stress’ Mahu Cerai
Isteri Lemah Lembut Bertukar Garang & Pemarah, Suami ‘Stress’ Mahu Cerai | Kisah seorang suami memilih jalan untuk berpisah kerana trauma dengan isterinya yang dikatakan garang serta pemarah menjadi bualan hangat warganet.
Kisah berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Farizal Radzali di Facebook. Ceritanya bermula apabila si isteri yang dahulunya mempunyai perwatakan lemah lembut, namun bertukar menjadi pemarah sejak hamil anak kedua.
Kedua-duanya berusia awal 30-an. Ada 2 orang anak. Anak pertama berusia 3 tahun, anak kedua berusia 3 bulan. Si suami nak bercerai sebab isterinya garang dah tak sama macam dia kenal sebelum ni dan masa mula-mula berkahwin.
Katanya dia memilih isterinya sebab isterinya seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap dan suaranya rendah. Sejak mengandung anak kedua isterinya selalu marah-marah dan sejak anak kedua lahir, isteri masih tak berubah. Selalu marah-marah, jerit dekat anak pertama.
Meskipun si suami sudah banyak kali menegur, tetapi isterinya masih tidak berubah terutamanya apabila anak mereka ‘buat perangai’ pasti dia akan meninggikan suara.
Sampai ada masa dia pun terkejut dengan jeritan isterinya. Untuk makluman, lelaki ini seorang yang bersuara perlahan dan lemah lembut.
Dia dah banyak kali pesan, dah tegur banyak kali, isterinya tak berubah. Kalau berubah pun sekejap je. Nanti bila anak buat hal, dia tinggikan suara lagi.
Kesabaran seseorang itu ada hadnya, si suami akhirnya mengakui bahawa dia berasa sudah tidak bahagia apabila tinggal di rumah kerana jiwanya lebih tenang jika pergi bekerja dan tidak perlu mendengar jeritan wanita berkenaan.
Isterinya adalah suri rumah. Katanya dia lebih tenang bila keluar bekerja. Bila nak balik rumah, hatinya mula rasa takut.
Dia takut dengan isterinya. Ketakutan itu membawa kepada pemikirannya untuk bercerai.
Dalam pada itu, lelaki terbabit menyatakan bahawa dia sudah menghadiri sesi kaunseling di mahkamah, namun tetap trauma dengan isterinya.
Sumber: Oh Bulan