Lepas Filipina. Russia Pula Sekat Pelancong Dari Wuhan China, Elak Koronovirus

| January 25, 2020 | 0 Comments

Lepas Filipina. Russia Pula Sekat Pelancong Dari Wuhan China, Elak Koronovirus | Tak lama lepas Filipina hantar balik pelancong dari Wuhan China, Russia mula mengambil pendekatan yang sama bagi mengelakkan penularan virus koronovirus. Baca selanjutnya.

ANCAMAN BIOLOGI

Penerbangan ke Moscow dari Wuhan, China telah disekat buat sementara waktu kerana bimbang dengan penularan wabak Koronavirus ke seluruh dunia.

Sebelum penggantungan itu, lapangan terbang di Rusia mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyaring semua pelancong dari China selepas ratusan rakyat dari negara itu dijangkiti wabak berkenaan dengan 41 kes kematian dilaporkan.

Menteri Kesihatan Rusia baru-baru ini juga menganggap penularan wabak koronavirus itu sebagai ancaman biologi kepada negaranya.

Rusia juga telah mencatatkan kes terbaru di mana dua pesakit telah dimasukkan ke sebuah hospital di St. Petersburg kerana mengalami simptom-simpton koronavirus.

Kedua-dua lelaki itu dikesan positif koronavirus selepas tiba di Lapangan Terbang Pulkovo St Petersburg dari Shanghai.

Mereka telah dihantar ke Hospital Botkin St. Petersburg untuk rawatan penyakit berjangkit dan ujian saringan menunjukkan mereka mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan tetapi tidak membawa penyakit tersebut.

FILIPINA HANTAR PELANCONG WUHAN

CNN Philippines melaporkan, Filipina bertindak menghantar hampir 500 pelancong China yang datang dari Wuhan untuk pulang semula ke tempat asal mereka minggu ini.

Pengarah Eksekutif Lembaga Penerbangan Awam Filipina, Carmelo Arcilla berkata pesawat dari syarikat penerbangan Royal Air Charter dan Pan Pacific Airline akan menghantar pulang kesemua pelancong berkenaan secara berperingkat.

Kedua-dua penerbangan tersebut sebelum ini menawarkan penerbangan terus dari Wuhan ke Kalibo.

Sumber: The Guardian via thereporter

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *