Resepi Masakan Nasi Goreng Sardin

| January 25, 2020 | 0 Comments

Resepi Masakan Nasi Goreng Sardin |Assalamualaikum. Kepada anda yang tengah mencari idea untuk buat nasi goreng yang sedap, di sini kami nak kongsikan kepada anda Resepi Masakan Nasi Goreng Sardin yang sangat sedap. Pasti akan buatkan anda rasa terliur. Resepi masakan ni anda boleh tengok cara-cara buat yang dikongsikan oleh khairulaming.

Bahan-bahan Buat Nasi Goreng Sardin:

  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu cili boh
  • 1 tin kecil sardin
  • 1 sudu kicap manis
  • Cili padi
  • Garam
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk nasi besar

Cara-cara Masak Goreng Sardin:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
  2. Tumiskan 1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan 1 sudu cili boh. Kacau bahan-bahan tersebut.
  4. Masukkan 1 tin kecil sardin. Hancurkan sedikit ikan sardin tu.
  5. Masukkan 1 sudu kicap manis , cili padi. Kacau lagi.
  6. Kemudian, taburkan garam secukup rasa.
  7. Pecahkan 1 biji telur dan kacau.
  8. Akhir sekali, masukkan 1 mangkuk nasi. Gaul sehingga rata ya.
  9. Da siap. Hidang atas pinggan. Sedapnyaaa.

Tadaaaaโ€ฆ dah pun siap. Nampak senang sahaja kan nak buat. Bukan setakat senang tapi rasa sangat sedap. Nasi Goreng Sardin ni boleh di makan waktu pagi atau malam. Memukau warna merah-merah nasi goreng sardin ni. Hah kepada anda nak cuba buat resepi masakan ni, kami ada sediakan video masakan daripada khairulaming di bawah. Ok. Selamat mencuba naa.

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

Puasa Day 13 : Nasi Goreng Sardin + Sirap Selasih . . Bahan2/Ingredients: ๐ŸŸNasi Goreng Sardin ๐ŸŒ•1 biji bawang merah (1 shallot) ๐ŸŒ•2 ulas bawang putih (2 cloves garlic) ๐ŸŒ•1 sudu cili boh (1 tbsp chilli paste) ๐ŸŒ•1 tin kecil sardin (1 small can sardine) ๐ŸŒ•1 sudu kicap manis (1 tbsp sweet soy sauce) ๐ŸŒ•Cili padi (chillies) ๐ŸŒ•Garam (salt) ๐ŸŒ•1 biji telur (1 egg) ๐ŸŒ•1 mangkuk besar nasi (1 big bowl rice) . . ๐ŸนSirap Selasih ๐ŸŒ•1 sudu biji selasih (basil seed) ๐ŸŒ•Air sirap ros (Rose syrup drink) ๐ŸŒ•Ais (ice) . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. . #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #puasa #ramadan #iftar #nasigoreng #nasigorengsardin #sardine #seafood #sirapselasih #drink

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *