Resepi Minuman Sirap Selasih

| January 25, 2020 | 0 Comments

Resepi Minuman Sirap Selasih| Assalamualaikum. Erm sekarang cuaca dekat luar sangat panas kan. Bila cuaca panas tekak pula teringin nak minum yang manis-manis dan berais. Jadi, kepada korang teringin nak minum air berais dan manis tu, apakata cuba buat resepi minuman Sirap Selasih ni. Resepi minuman Sirap Selasih yang sangat mudah ni akan buat kan anda rasa terliur. Tak caya jom kita tengok resepi minuman daripada khairulaming ni. Hi hi hi.

 

Bahan-bahan Buat Minuman Sirap Selasih:

  • 1 sudu biji selasih
  • Air sirap ros
  • Ais

Cara-cara Buat Minuman Sirap Selasih:

  1. Masukkan 1 sudu biji selasih dalam mangkuk
  2. Tambahkan sedikit air panas dalam biji selasih untuk bagi kembang
  3. Kemudian, buat satu jag air sirap
  4. Masukkan biji selasih dalam air sirap tadi
  5. Masukkan pula ais dan kacau-kacau.
  6. Siap… sedia untuk di minum.

Wahhh! Terliurnya tengok warna sirap selasih ni kan. Sedap sangat dapat minum tengah cuaca yang panas-panas ni. Kepada anda yang teringin nak minum Sirap Selasih ni, anda boleh tengok video cara membuat resepi daripada khairulaming di bawah ni.

Video Cara Buat Minuman Sirap Selasih:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *