LG Electronics Umum Secara Rasmi Mahu Hentikan Perniagaan Telefon Pintar | Syarikat perkakas telefon bimbit kedua terkenal di Korea selepas Samsung, LG Electronics telah mengumumkan bakal menutup perniagaan telefon pintar keluaran LG selepas mereka dianggarkan mengalami kerugian hampir berbillion ringgit menurut laporan media tempatan.

LG Electronics Umum Secara Rasmi Mahu Hentikan Perniagaan Telefon Pintar

Syarikat tersebut dianggap sebagai salah satu pelapor kepada sistem android serta teknologi telefon pintar selepas Samsung di Korea apabila mereka telah mengadakan kerjasama bersama syarikat Google bagi melancarkan telefon pintar siri Nexus pada awal tahun 2010.

Mereka kini dilaporkan mengalami kesukaran dalam meningkatkan penjualan termasuk mendapat persaingan yang sengit selepas munculnya telefon pintar berjenama keluaran China iaitu Huawei yang dikatakan lebih murah serta menyediakan futer yang lebih berteknologi tinggi.

Menurut laporan Tracker Counterpoint, LG Electronics kerap disenaraikan dalam 10 teratas sebagai pengeluar telefon pintar di dunia iaitu kali terakhir carta tersebut mencatatkan bahagian pasaran global sebanyak tiga peratus atau lebih iaitu pada suku tahun 2018.

Penjualan unit bagi jenama tersebut telah mencatatkan kerugian selama 23 tahun berturut-turut menurut laporan New Straits Times diikuti defisit kumulatif yang telah mencapai sekitar 5 trillion won iaitu bersamaan $4.4 billion pada akhir tahun lalu menurut laporan syarikat tersebut.

Mereka turut memberitahu bahawa LG gagal dalam menghasilkan output yang bagus serta persaingan dari segi harga yang ditawarkan oleh syarikat pemula pengeluar telefon bimbit menyebabkan mereka dilihat gagal untuk meneruskan pengeluaran telefon pintar tersebut.

Keputusan yang dilakukan oleh syarikat LG Electronics sekali gus dapat memusatkan peruntukan bagi telefon pintar LG kepada peralatan lain yang turut dihasilkan oleh syarikat tersebut seperti kenderaan elektrik, barangan rumah pintar, robotik dan sebagainya.

Sumber: New Straits Times

Share.

Leave A Reply