Datuk 54 Tahun Cabul Cucu Hingga Meninggal Dunia

| April 5, 2021 | 0 Comments

Datuk 54 Tahun Cabul Cucu Hingga Meninggal Dunia |Seorang datuk sepatutnya menjadi tempat untuk cucu berlindung dan merasa selamat namun hal yang sebaliknya berlaku pada kanak-kanak ini apabila ia dicabul oleh datuknya sehingga mengalami jangkitan kuman dan meninggal dunia.

Baru- baru ini penduduk di Pademangan Jakarta Utara dikejutkan dengan berita seorang datuk berusia 54 tahun sanggup melakukan perbuatan mencabul cucu tirinya yang baru sahaja berusia 7 tahun sehingga menyebabkan mangsa yang masih muda itu dijangkiti kuman lalu menyebabkannya meninggal dunia.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan meninggal pada 30 Mac lalu setelah mengalami jangkitan teruk pada kemaluannya.

Ketua Polis Metro Jakarta Utara, Kombes Pol Guruh Arif Darmawan mengatakan, si pelaku diduga tidak dapat menahan nafsu binatangnya sehingga ia melempiaskannya kepada cucunya. Hal ini disebabkan mangsa sering dimandikan sehingga menyebabkan nafsu seks si pelaku semakin tidak terkawal.

“Semasa siasatan, pelaku mengakui bahawa dia telah melakukan pencabulan sebanyak lapan kali dengan menggunakan tangannya di kemaluan dan bibir mangsa,”kata Guruh kepada wartawan.

Akibat daripada perlakuan seksual ini, mangsa mengalami sawan pada 22 Mac lalu. Dia dikejarkan ke hospital kerana merasit sangat di bahagian kelaminnya. Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Pademangan dan sekali lagi dirujuk ke Hospital Persahabatan atas alasan peralatan perubatan tidak mencukupi.

Walaubagaimanapun, mangsa disahkan meninggal pada 30 Mac pada jam 4.30 petang waktu Indonesia Barat. Pihak hospital yang merasakan ada kejanggalan mengenai penyakit mangsa bertindak memanggil pihak polis. Hasil analisis mengesyaki mangsa ada kemungkinan mengalami pelecehan seksual.

“Ini adalah jangkitan pada saluran faraj di pundi kencing yang merebak sehingga ke buah pinggang dan kemudian rektrum juga berlaku, menyebabkan nanah keluar dan akhirnya menyebabkan mangsa mati dan tidak dapat ditolong,” kata Guruh.

Hasil siasatan mengarah kepada datuknya sebagai pelaku. Pencabulan ini diduga telah dilakukan oleh datuknya sejak Februari 2021.

Pelaku kemudian di tahan di tempat kerjanya Perlabuhan Sunda Kelapa pada 30 Mac.

Atas tuduhan itu, perlakukan akan didakwa atas Pasal 82 UU RI Nomor 17 tahun 2016 tentang perubahan atas UU RI no 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak dan Pasal 46 UU RI Nomor 23 tahun 2004 tentang KDRT dengan ancaman hukuman 15 tahun penjara.

Sumber: JawaPos

Tags: , , ,

Category: DUNIA, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *