(Video) Tindakan Pemandu Lori Berhentikan Kenderaan Untuk Bantu Lelaki Tua Melintas Jalan Raih Pujian Ramai

| April 5, 2021 | 0 Comments

(Video) Tindakan Pemandu Lori Berhentikan Kenderaan Untuk Bantu Lelaki Tua Melintas Jalan Raih Pujian Ramai | Kehidupan di bandar sememangnya sentiasa sibuk sepanjang waktu. Semua orang keluar berpusu-pusu memenuhi jalanan untuk ke destinasi yang ingin dituju. Namun masih ada segelintir masyarakat yang berhati murni dan sanggup meluangkan seketika waktu untuk membantu individu yang lebih memerlukan.

(Video) Tindakan Pemandu Lori Berhentikan Kenderaan Untuk Bantu Lelaki Tua Melintas Jalan Raih Pujian Ramai

Dalam satu video ciapan yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial twitter yang dikenali sebagai Penanam Anggur, beliau ada berkongsikan satu video yang menunjukkan ketulusan hati seorang lelaki yang membantu seorang warga tua untuk melintas jalan.

Video yang diambil daripada rakaman kamera dashcam kereta milik salah seorang pengguna jalan raya menunjukkan sebuah lori yang menggunakan jalan raya telah memberhentikan kenderaannya di atas jalan raya. Beberapa saat kemudian, video tersebut menunjukkan pemandu lori tersebut telah turun daripada kenderaannya.

Apa yang menyentuh hati warga netizen adalah pemandu lori itu memberhentikan kenderaannya untuk membantu seorang lelaki tua melintas jalan. Kelihatan lelaki itu sangat perlahan pergerakannya dan seperti sudah uzur, kemungkinan itu menyukarkan dia untuk melintas di jalan raya yang sibuk itu.

Kereta milik perakam video itu turut dilihat bergerak ke sebelah dan berhenti di sebelah lori itu, berkemungkinan untuk turut sama menghalang kenderaan lain yang kemungkinan tidak mengetahui apa yang sedang berlaku dan mendapatkan rakaman yang lebih jelas.

Rata-rata pengguna memberikan komen yang positif serta amat berbangga dengan apa yang dilakukan oleh pemandu lori itu. Boleh disifatkan pemandu lori itu sebagai seorang yang berhati mulia dan bertimbang rasa.

Video itu telah mendapat 14.3k tanda suka dan 10.2k ulang kicau daripada para pengguna aplikasi twitter.

Sumber : Twitter

Tags: , ,

Category: DUNIA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *