Tanah Suci Bakal Dibuka Pada Ramadhan Kali Ini Untuk Jemaah Yang Telah ‘Divaksin’

| April 5, 2021 | 0 Comments

Tanah Suci Bakal Dibuka Pada Ramadhan Kali Ini Untuk Jemaah Yang Telah ‘Divaksin’ | Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan untuk membenarkan jemaah yang telah divaksin bagi menunaikan haji serta umrah yang dijangka bakal dibuka pada bulan Ramadhan tahun ini, menurut laporan media tempatan.

Mekah Bakal Dibuka Pada Ramadhan Kali Ini Untuk Jemaah Yang Telah 'Divaksin

Menurut sumber, Kementerian Haji dan Umrah telah mengumumkan untuk memberi kebenaran kepada jemaah yang telah mendapat keizinan untuk menunaikan umrah serta bagi menghadiri solat berjemaah di Masjid Al-Haram, iaitu masjid yang terletak di tanah suci Mekah.

Dilaporkan bahawa terdapat tiga kategori jemaah akan dikira sebagai individu ‘divaksin’ iaitu mereka yang telah menerima dua dos vaksin, mereka yang telah diberikan satu dos sekurang-kurangnya 14 hari sebelumnya serta mereka yang telah sembuh dari jangkitan.

Polisi yang telah ditetapkan ini dijangka efektif bagi meningkatkan kemampuan operasi Masjidil Haram serta bagi membolehkan jemaah dari negara-negara lain dalam menunaikan ibadah haji dan umrah pada bulan Ramadan. Polisi ini diumumkan turut tertakhluk untuk memasuki Masjid Nabawi di kota suci Madinah.

Apabila diminta untuk mengulas lanjut mengenai tempoh polisi itu berkuatkuasa, kementerian dalam satu kenyataan menyatakan mereka belum dapat menetapkan tempoh polisi tersebut namun ia akan berlanjutan sehingga penghujung tahun ini.

Arab Saudi dilaporkan kira-kira 393,000 kes melibatkan kes jangkitan serta 6,700 kematian dicatatkan akibat Covid-19. Turut dilaporkan bahawa kerajaan tersebut telah memberikan sekurang-kurangnya lima juta dos vaksin yang dicatatkan di negara yang mempunyai populasi melebihi 34 juta.

Pada akhir Julai tahun lalu, kerajaan Arab Saudi telah mengadakan ibadah haji dengan jumlah jemaah yang sangat kecil dimana ibadah tersebut merupakan salah satu dari lima rukun Islam dan satu keharusan bagi umat Islam yang berkebolehan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Hanya kira-kira 10,000 penduduk Muslim Arab Saudi yang telah  dibenarkan untuk menunaikan haji, berbanding 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia telah menghadiri Mekah bagi menunaikan ibadah tersebut pada tahun 2019.

Sumber: New Straits Times

Tags: , , , , , , , , ,

Category: AGAMA, DUNIA, INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *