Pahang tak benarkan imam dari luar pimpin Solat Tarawih

| April 6, 2021 | 0 Comments

Pahang tak benarkan imam dari luar pimpin Solat Tarawih | Ramadan kian tiba tidak lama lagi dan pastinya semua orang sedang menyiapkan persiapan untuk menghadapi bulan yang mulia itu.

Namun ekoran pandemik yang melanda, pelbagai syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang bulan Ramadan untuk mengelakkan diri dari sebarang gejala yang tidak diingini.

Pahang tak benarkan imam dari luar pimpin Solat Tarawih

Di Pahang, imam dari luar Pahang termasuk dari pondok atau maahad tahfiz tidak dibenarkan memimpin solat tarawih di masjid atau surau di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan masjid dan surau di negeri itu sepanjang bulan Ramadan juga tidak membenarkan mana-mana penceramah atau pakar motivasi jemputan dari luar Pahang.

Tambah beliau, solat tarawih perlu selesai selewat-lewatnya pada jam 10 malam. Bagi tazkirah, hanya dibenarkan selepas solat Subuh hingga sebelum solat Jumaat dengan tempoh maksimum hanya 15 minit sahaja.

Jelasnya, aktiviti tadarus dan khatam al-Quran dibenarkan selepas solat Subuh hingga solat Maghrib, manakala bagi aktiviti Qiamullail hanya dibenarkan pada jam 10 malam terakhir yang bermula pada jam 3 pagi hingga solat Subuh.

Wan Rosdy juga memberi kenyataan, sepanjang bulan Ramadan penyertaan pelajar dari sekolah berasrama dan kanak-kanak yang berumur bawah dari 7 tahun tidak dibenarkan untuk solat tarawih di masjid mahupun di surau.

“Namun begitu, pelajar asrama sekolah dibenarkan untuk menganjurkan solat itu,” tambahnya.

Beliau menjelaskan bahawa jumlah jemaah juga bedasarkan kapasiti ruang solat yang disediakan dengan kawalan oleh pihak pengurusan masjid dan surau.

Pihak pengurusan masjid dan surau bertanggungjawab untuk memastikan SOP sentiasa dipatuhi sepanjang solat tarawih diadakan.

Bukan itu sahja, pematuhan SOP adalah dari segi pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu dan pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera, PahangGo atau buku kehadiran serta membawa sejadah bersaiz besar sendiri.

Tambahnya, sekiranya berlaku kes pelanggaran SOP dan penularan wabak Covid-19, kebenaran untuk mereka melakukan aktiviti pada bulan Ramadan akan dibatalkan sehingga dibenarkan kembali oleh pihak berkuasa. Pihak masjid dan surau juga perlu mematuhi pekeliling dan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahnag (MUIP).

Sumber : Berita Harian 

Tags: ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *