Mahu Cerai Isteri Dengan Talak 3, Alasan Lelaki Ini Buat Ramai Tak Percaya | Seorang lelaki di Uttar Pradesh, India didakwa telah menfailkan kes cerai terhadap isterinya di mahkamah selepas dia dikatakan bertekad mahu menceraikan isterinya itu dengan talak tiga. Alasan lelaki itu bukan sahaja tidak masuk akal malah mengejutkan orang ramai selepas dia mendakwa pasangannya itu tidak mahu mandi setiap hari.
Menerusi laporan Oddity Central, isterinya juga didakwa bersikap keras kepala kerana setiap kali dia memintanya untuk mandi, pasti isterinya akan ‘melenting’ hingga menyebabkan kedua-duanya bergaduh.
Menrut seorang kaunselor di Sel Perlindungan Wanita Aligarh, suami berkenaan asyik berulang-ulang menyebut mahu menamatkan rumah tangganya semasa dalam sesi kaunseling.
Bukan itu sahaja, menurut kainselor tersebut, si suami dikatakan turut membuat rayuan kepada pihak mereka supaya membantu proses penceraian isterinya kerana wanita itu tidak mahu mandi setiap hari.
Berikutan itu, difahamkan bahawa pasangan terbabit mempunyai seorang anak kecil yang baru berusia lebih kurang setahun.
Sebelumnya, pihak sel perlindungan wanita tersebut telah menerima satu keluhan bertulis daripada isteri lelaki berkenaan tentang penceraian mereka namun si isteri telah menyatakan pendiriannya untuk tidak bersetuju dengan keputusan terbabit sebaliknya masih berniat untuk mengekalkan perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, menerusi laporan media tempatan, pihak kaunselor turut memberikan kaunseling kepada pasangan tersebut serta ibu bapanya demi menyelamatkan perkahwinan mereka.
Tambahnya lagi, kaunselor juga cuba memberi kaunseling kepada suami berkenaan supaya tidak menceraikan isterinya kerana permasalahan di antara mereka ini hanyalah masalah kecil sahaja dan boleh diselesaikan secara aman.
Penceraian juga bukan sahaja merosakkan hubungan mereka malah ia juga akan memberi kesan buruk kepada pembesaran anak-anak mereka, sambung kaunselor tersebut.
Oleh hal yang demikian, berikutan alasan penceraian itu tidak bersandar pada mana-mana kes keganasan mahupun jenayah ke atas wanita, maka petisyen isteri tersebut untuk mendapat perlindungan di sel perlindungan wanita itu tidak dapat diteruskan.
Namun badan organinasi berkenaan masih optimis bahawa pasangan suami isteri itu akan mampu perbaiki semula keretakan hubungan mereka dengan bantuan pihak kaunseling.
Seumber: Oddity Central