Majlis Ulang Tahun Bertukar Tragedi, Tangan Pelatih Haiwan Dibaham Buaya | Berlaku satu kejadian melibatkan seorang pelatih haiwan selepas tangannya dikatakan dibaham seekor buaya semasa mengadakan pertunjukan sempena sambutan majlis hari jadi seorang kanak-kanak di sebuah pusat reptilia di bandar raya Lembah Barat, Utah, Amerika Syarikat (AS).
Kejadian tersebut mengundang keresahan para tetamu sehingga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara selepas buaya itu dengan tiba-tiba menyerang pelatih haiwan tersebut dengan membaham sebelah tangannya.
Semasa kejadian tersebut berlaku, dilaporkan pelatih wanita tersebut mula bertindak dengan membuat cubaan menarik keluar tangannya dari mulut buaya tersebut namun reptilia tersebut seakan tidak mengendahkannya dan masih tidak melepaskan tangan pelatih tersebut.
Berikutan itu, seorang pelawat yang dikenali sebagai Donnie Wiseman mula bertindak dengan melompat ke dalam air sebelum berbaring dan memeluk badan buaya tersebut bagi membantu pelatih berkenaan mengeluarkan tangan dari mulut buaya tersebut.
Pergelutan tersebut memakan masa yang agak sebelum dilaporkan tangan pelatih wanita berkenaan kemudian berjaya dikeluarkan dari mulut buaya tersebut selepas beberapa pengunjung lain turut membantu.
Sumber: Astro Awani