Mangsa Rompak Warga Emas Patah Gigi Diserang Penjenayah |BESUT – Seorang lelaki dipercayai penagih dadah ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kes rompakan melibatkan seorang wanita warga emas yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia 30-an disyaki telah melarikan wang tunai milik mangsa berjumlah kira-kira RM2,150.

“Polis menerima aduan tentang rumah seorang wanita berusia 68 tahun telah dipecah masuk suspek.

“Dia yang tinggal seorang diri mendakwa gigi nya patah dan tangan kanan terseliuh akibat dikasari lelaki terbabit,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, mangsa mendakwa telah didatangi suspek daripada belakang sebelum mulutnya ditutup dan badannya ditolak.

Tambah beliau, siasatan awal tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit memasuki rumah mangsa dari pintu hadapan yang tidak berkunci.

“Serbuan di rumah suspek menemui wang tunai RM500 dan beberapa butir pil berwarna merah dipercayai dadah.

“Ujian urin mendapati dia positif dadah jenis methamphitamine selain memiliki beberapa rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.

Abdul Rozak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sumber: KOSMO

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Sanggup Rompak Satu Dolar Untuk Masuk Penjara

Sanggup Rompak Satu Dolar Untuk Masuk Penjara | Seorang lelaki sanggup merompak hanya AS$1 (RM4.50) di sebuah bank pada Isnin, demi dihantar ke penjara.

Selepas melakukan rompakan, lelaki berusia 65 tahun itu menunggu di lobi untuk ditahan polis, lapor portal KSL.com.

Donald Matthew Santacroce ditahan di Penjara Salt Lake County untuk siasatan kes rompakan itu.

Berdasarkan afidavit polis, Santacroce memasuki Wells Fargo, 299 S Main dan memberi juruwang nota: “Tolong maafkan saya kerana melakukan ini tetapi ini adalah rompakan. Tolong beri saya AS$1. Terima kasih”.

Juruwang memberi Santacroce wang yang diminta dan kemudian memintanya pergi.

Namun, Santacroce sebaliknya memberitahu juruwang untuk menghubungi polis, kata afidavit itu.

Santacroce duduk di lobi bank dan menunggu polis tiba.

Sementara menunggu polis yang tiba lambat, dia berkata kepada mangsa bahawa mereka bernasib baik kerana dia tidak mempunyai pistol.

Menurut afidavit itu, pengurus cawangan membawa semua pekerjanya ke bilik belakang berkunci bagi keselamatan mereka.

Berdasarkan laporan, suspek melakukan jenayah itu kerana mahu ditahan di penjara persekutuan dan sekiranya tidak, dia akan merompak bank lain serta meminta lebih banyak wang.

Terdahulu, Santacroce ditahan oleh Peronda Lebuhraya Utah di Iron County kerana memandu secara cuai dengan lesen memandu sudah digantung.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply