13 Tempat Makan Best Seafood Di Seberang Jaya, Pulau Pinang | Seberang Jaya adalah sebuah bandar yang berada di tengah Butterworth dan Bukit Mertajam. Seberang jaya mempunyai beberapa tarikan yang menjadi tumpuan pelancongan  seperti taman reskreasi awam sembilang yang terletak di seberang jaya. Selain datang melancong perkara yang wajib dilakukan semestinya mencuba makanan makanan disini. Selain itu, di seberang jaya juga terdapat tempat tempat makan seafood yang best dan popular yang patut anda cuba.

Kebanyakkan pegunjung yang datang ke seberang jaya ini wajib akan mencari port port makan yang best. Tapi dimana tempat makan yang best yang ada di seberang jaya ini? Berikut adalah senarai tempat makan best seafood yang ada di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

 

1. CABAI KERING STEAMBOAT & GRILL – SEAFOOD

Restoran ini adalah salah satu port tumpuan kepada peminat makanan laut. Restoran ini mendapat rating yang tertinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji hidangan disini. Harga disini juga sangat lah mampu milik kerana anda boleh makan disini sehingga kenyang dan puas hati dengan hanya membayar sekali sahaja.

Antara menu menu popular yang ada di sini ialah shellout, menu popular. Selain itu terdapat juga bbq steamboat, kuah tomyam, dimsum, ikan bakar dan pelbagai lagi jenis aneka seafood yang boleh dipilih tanpa had seperti udang, ketam, kepah, lala, kerang, siput, udang galah, udang lipan dan banyak lagi.

Lokasi ini di 2789, Jalan Tun Hussain Onn ( behind Petron), 13700,, Seberang Jaya, Pulau Pinang, Malaysia, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 5 petang hingga 11.50 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 017-490 6122

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/cabaikeringsteamboatgrill/

 

2. MERONG TOPSPOT SEBERANG JAYA – SEAFOOD

Merong topspot ialah sebuah restoran yang menyediakan aneka makanan seperti seafood dan western. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dan kebanyakkan komen berpuas hati dengan hidangan yang ada disini. Restoran ini juga adalah salah satu port makan terbaik di seberang perai, Harga di sini juga murah.

Antara menu yang ada di restoran ini ialah ikan bakar yang popular di sini. Selain itu, terdapat juga shellout, tomyam seafood, sotong goreng, siakap 3 rasa, ikan pari bakar, shellout with rice, ikan jenahak bakar dan banyak lagi.

Lokasi ini di No 68, Persiaran Tenggiri, Seberang Jaya, Butterworth, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 4 petang hingga 12 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 012-405 3630

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/merongtopspot

 

3. RESTORAN NELAYAN KUALA JURU – SEAFOOD

Mencari tempat makan yang menyediakan makanan yang segar dari laut? Di sini adalah port yang sesuai bagi yang ingin mencuba masakan kampung dan masakan thai dari bahan yang segar. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan pelanggan memuji masakan di sini. Harga di sini juga mampu milik.

Antara menu yang ada disini ialah seperti siakap stim, tomyam seafood dan tomyam campur, sotong rebus, ketam pedas, kerang rebus, udang goreng tepung, kerang bakar, kerabu sotong dan banyak lagi.

Lokasi ini di restoran nelayan kuala juru mukim 12, Kampong Kuala Juru, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 12 tengah hari hingga 12 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 017-462 7992

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100054426581934

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Seberang Jaya ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply