Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Masih Pertikai Rawat Anjing Tak Pakai Sarung Tangan? Ini Jawapan Doktor Untuk Sekolahkan Netizen | Kecoh di media sosial apabila masih ada netizen yang mengecam seorang doktor haiwan beragama Islam yang tidak memakai sarung tangan ketika merawat seekor anjing. Ini penjelasan yang padu daripada doktor kepada golongan tersebut.

Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati netizen, doktor berkenaan yang beragama Islam tidak memakai sebarang sarung tangan ketika merawat haiwan tersebut.

Enggan isu berkenaan diperbesarkan hingga menimbulkan kekeliruan, doktor itu kemudian tampil menjawab mengapa dia tidak memakai sarung tangan.

“Kenapa doktor haiwan rawat anjing tak pakai gloves? I hope this will make you understand.

“Sebab pertama tidak pakai sarung tangan adalah untuk mendapat kepercayaan anjing. Biar anjing hidu bau tangan untuk kenal, anjing akan rasa selamat dan tidak terancam.

“Kedua adalah pemeriksaan fizikal. Guna deria sentuh untuk merasa seluruh badan anjing, kenal pasti kalau ada luka, benjolan, ketumbuhan pada kulit yang tidak nampak.

“Kemudian kita sertu untuk menyucikan diri daripada najis mughallazah,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Twitter.

Jelas doktor berkenaan, masih ada yang menjatuh hukum mendakwa pekerjaan doktor veterinar haram kerana menyentuh anjing.

“Disuruh cari kerja lain.Selagi hayat dikandung badan, selagi mampu, selagi larat, selagi itulah, ulang-ulang jawab soalan.

“Percaya tak? Masih ada yang ingat kami ni akan bermandi lumpur dan selut selepas bergelumang dengan anjing selepas rawatan.

“Tidak!Sebab tu selama ni orang anggap nak sertu tu susah. Leceh.

“Kalau faham dan ambil tahu, tak susah sertu ni. Methodnya sama seperti kita guna air sabun.

“Tapi tukar dengan air bancuhan tanah atau produk yang mengandungi tanah. Bilas dengan air 6 kali,” katanya.

Tambahnya, dia berharap orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum tanpa sebarang usul periksa.

“Janganlah senang sangat menjatuhkan hukum pada kami, sampai ada yang dah tahu kedudukan kami di neraka sebab buat kerja ni,” katanya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

 

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply