Masjid Terbesar Menjadi Pusat Vaksinasi Di Jerman | Rakyat Jerman kini boleh menarik nafas lega selepas mereka dikatakan boleh mendapatkan vaksin di kompleks masjid terbesar di  Cologne , Jerman selepas ia merupakan usaha kerajaan bagi meningkatkan jumlah vaksinasi Covid-19.

Masjid Terbesar Menjadi Pusat Vaksinasi Di Jerman

Masjid Terbesar Menjadi Pusat Vaksinasi Di Jerman

Tawaran tersebut dikatakan tidak terhad hanya kepada yang beragama Islam, malah turut dibuka kepada penduduk Jerman segenap lapisan masyarakat walaupun berlainan agama. Penduduk di daerah Cologne serta di beberapa daerah yang lain dilaporkan tidak perlu mendaftar terlebih dahulu bagi mendapatkan vaksin.

Jerman dikatakan telah menyediakan kira-kira 2,000 vaksin AstraZeneca serta turut dilengkapi dengan lebihan dos dari pusat vaksinasi yang dibuka di dewan pameran perniagaan yang berdekatan. Program vaksinasi ini dijalankan bagi memastikan orang-orang awam di sini mendapatkan suntikan seramai yang mungkin.

AstraZeneca dilaporkan telah selamat menyalurkan berjuta-juta dos vaksin kepada beberapa buah negara di Eropah namun dikatakan masih terdapat kebimbangan dari segelintir orang awam mengenai risiko pembekuan darah yang jarang berlaku.

Kembimbangan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat di Jerman menyebabkan segelintir daripadanya masih tidak mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca kerana memilih untuk menunggu vaksin lain, menurut media tempatan.

Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn telah memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa kebanyakan orang awam yang mempunyai keutamaan yang lebih rendah memilih untuk menunggu janji temu vaksin selepas mereka diaporkan bakal menerima suntikan AstraZeneca.

Pengawal selia ubat-ubatan telah meluluskan beberapa vaksin Covid-19 iaitu AstraZeneca, Moderna, Pfizer dan Johnson & Johnson.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply